Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tukar app lalai pada iPhone

Anda boleh memilih app alternatif pihak ketiga—e-mel, pemesejan, panggilan, penapis panggilan, pelayaran web, kata laluan atau papan kekunci—sebagai lalai untuk dilancarkan berbanding app terbina dalam Apple. Pastikan app yang anda mahu bertukar menyokong ciri ini. Jika anda tidak pasti, hubungi pembangun app.

Tukar app lalai anda

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik App, ketik App Lalai, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • E-mel: Untuk menukar app lalai bagi menghantar dan menerima e-mel.

    • Pemesejan: Untuk menukar app lalai bagi menghantar dan menerima mesej.

    • Panggilan: Untuk menukar app lalai bagi menghantar dan menerima panggilan.

    • Penapis Panggilan: Untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan pilihan sekatan panggilan dan pengenalpastian. (Lihat Tapis panggilan tidak dikenali dan spam).

    • App Pelayar: Untuk menukar app lalai bagi membuka pautan pada web.

    • Terjemahan: Untuk menukar app lalai yang digunakan untuk menterjemahkan teks.

    • Kata Laluan & Kod: Bahagian ini membolehkan anda mengaktifkan atau menyahaktifkan Autoisi Kata Laluan dan Kunci Laluan bagi app dan tapak web serta app kata laluan, kunci laluan dan penjanaan serta pengesahan kod.

    • App Tanpa Sentuhan: Untuk menukar app lalai bagi menggunakan NFC untuk bayaran tanpa sentuh:

    • Papan Kekunci: Untuk menambah atau memadam papan kekunci dan app papan kekunci pihak ketiga.

  3. Pilih app yang anda mahu gunakan sebagai lalai.

    Skrin untuk bertukar app lalai anda bagi menghantar e-mel, melayari web dan banyak lagi.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.