Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Buat senarai barang runcit dalam Peringatan pada iPhone

Dalam app Peringatan, anda boleh mencipta senarai barang runcit untuk menjadikan beli-belah lebih mudah. Item diisih menjadi kategori seperti Barang Basah dan Makanan Laut secara automatik. Anda boleh menukar cara item dikumpulkan dan senarai mengingati keutamaan anda.

App Peringatan menunjukkan senarai barang runcit dengan item dalam kategori seperti Barang Basah dan Makanan Laut.

Nota: Semua ciri Peringatan yang diterangkan dalam panduan ini tersedia apabila anda menggunakan peringatan yang dikemas kini dalam iCloud. Sesetengah ciri tidak tersedia semasa menggunakan akaun lain.

Cipta senarai barang runcit baharu

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Tambah Senarai.

  3. Masukkan nama untuk senarai, ketik Jenis Senarai, kemudian pilih Barang Runcit.

  4. Pilih warna dan simbol untuk senarai (pilihan).

  5. Ketik butang Selesai.

Tukar senarai sedia ada menjadi senarai barang runcit

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPhone anda.

  2. Ketik senarai, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik Tunjukkan Info Senarai.

  4. Ketik Jenis Senarai, kemudian pilih Barang Runcit.

  5. Ketik butang Selesai.

Tambah item ke senarai barang runcit anda

  1. Pergi ke app Peringatan pada iPhone anda.

  2. Dalam senarai barang runcit anda, ketik butang Item Baharu, kemudian masukkan perihalan.

  3. Untuk memasukkan lebih banyak maklumat, ketik Tambah Nota.

  4. Ketik butang Edit Butiran untuk mengedit butiran item. Contohnya, anda boleh melampirkan foto, mengesetkan peringatan berdasarkan lokasi, atau membenderakan item penting.

  5. Ketik butang Selesai.

Item yang ditambah ke senarai diletakkan dalam kategori secara automatik. Jika anda memasukkan item barang runcit dalam bahasa yang berbeza daripada bahasa sistem iPhone, anda boleh menambah bahasa tambahan dalam Seting. (Pengkategorian barang runcit tersedia untuk bahasa yang disokong.)

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.