Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah, edit dan keluarkan widget pada iPhone

Widget Cuaca, Peringatan dan Rumah pada Skrin Utama iPhone. Widget Peringatan dan Rumah memaparkan ciri interaktif.

Apakah widget?

Widget memberikan cara mudah kepada anda untuk melihat maklumat semasa daripada app secara sekilas pandang—tajuk berita hari ini, cuaca, peringatan, paras bateri dan banyak lagi. Anda boleh melihat widget dalam Paparan Hari Ini dan menambahnya ke Skrin Utama atau Skrin Kunci anda untuk memastikan maklumat ini berada di hujung jari anda.

Petua: Tindanan Pintar (widget dengan titik di sebelahnya) ialah set widget gabungan yang menggunakan maklumat seperti masa, lokasi anda dan aktiviti untuk memaparkan widget yang paling berkaitan pada masa yang sesuai dalam hari anda secara automatik. Anda boleh menambah Tindanan Pintar daripada galeri widget ke Skrin Utama, kemudian leret ke atas dan bawah melepasinya untuk melihat widget yang dikandunginya.

Tambah widget ke Skrin Utama anda

  1. Pergi ke Skrin Utama, kemudian cari halaman Skrin Utama yang anda mahu tambahkan widget.

  2. Sentuh dan tahan latar belakang sehingga app mula bergoyang, ketik Edit di bahagian atas skrin, kemudian ketik Tambah Widget.

  3. Skrol atau cari untuk mencari widget yang anda mahu, ketik widget, kemudian leret menerusi pilihan saiz dan gaya.

  4. Apabila anda melihat saiz yang anda mahu, ketik Tambah Widget.

  5. Semasa app masih bergoyang, alihkan widget di tempat yang anda mahukan, kemudian ketik Selesai.

Untuk mengetahui cara menambah widget ke Skrin Kunci anda, lihat Edit Skrin Kunci anda atau cipta yang baharu.

Tukar ikon app menjadi widget

Anda boleh mencipta widget daripada ikon app dengan cepat.

  1. Sentuh dan tahan ikon app pada Skrin Utama anda.

  2. Untuk memilih saiz widget, ketik satu daripada ikon di bahagian bawah menu timbul.

    Skrin menunjukkan mengubah ikon app menjadi widget pada Skrin Utama. Anda boleh menyentuh dan menahan ikon app untuk membuka senarai pilihan dan kemudian mengetik ikon kecil yang mewakili saiz widget yang anda boleh pilih untuk widget baharu.

Untuk menukar widget kembali ke ikon app, sentuh dan tahannya, kemudian ketik butang ikon app (ikon kecil paling kiri di bahagian atas menu timbul.)

Berinteraksi dengan widget

Anda boleh melaksanakan tugas dengan mengetik widget pada Skrin Utama, Skrin Kunci atau StandBy anda. Ketik item dalam widget Peringatan untuk menyemaknya, ketik butang Main dalam widget Podcast untuk memainkan episod atau ketik widget Rumah untuk mengaktifkan cahaya ruang tamu anda—semuanya tanpa membuka app.

Edit widget pada Skrin Utama anda

Anda boleh melaraskan kebanyakan widget terus daripada Skrin Utama supaya widget memaparkan maklumat yang anda mahu lihat. Contohnya, untuk widget Mail, anda boleh mengetik peti mel yang ditunjukkan dalam widget, kemudian memilih peti mel berlainan supaya mesej dalam peti mel dipaparkan dalam widget.

  1. Sentuh dan tahan widget.

  2. Ketik Edit Widget (atau Edit Tindanan, jika ia Tindanan Pintar), kemudian pilih pilihan.

    Untuk Tindanan Pintar, anda boleh menyusun semula widget dengan menyeretnya dalam tindanan, menyeret widget daripada Tindanan Pintar ke Skrin Utama atau mengeluarkan widget dengan mengetik butang Keluarkan di penjuru kiri atasnya.

  3. Ketik Selesai.

Lihat widget dalam Paparan Hari Ini

Untuk melihat widget dalam Paparan Hari Ini, leret ke kanan dari pinggir kiri Skrin Utama, kemudian skrol ke atas dan bawah.

Widget dipaparkan dalam Paparan Hari Ini, termasuk widget Peringatan, Foto, Bateri, Kalendar, Petua dan banyak lagi. Ketik satu untuk menambahkannya ke Skrin Utama anda.

Lihat widget dalam Paparan Hari Ini apabila iPhone dikunci

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik Face ID & Kod Laluan (pada iPhone dengan Face ID) atau Touch ID & Kod Laluan (pada model iPhone lain).

  3. Pastikan Paparan Hari Ini dan Carian diaktifkan (di bawah Benarkan Akses Apabila Dikunci).

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.