Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Lukis atau tulis tangan dalam papan Freeform pada iPhone

Anda boleh melakar atau mencatat nota tulisan tangan dengan jari anda. Anda boleh mengedit dan bekerja dengan teks tulisan tangan seperti yang anda lakukan dengan teks ditaipkan.

Lukisan pada papan Freeform dengan alat lukisan kelihatan.

Lukis atau tulis tangan

  1. Pergi ke app Freeform pada iPhone anda.

  2. Buka papan, atau ketik butang Papan Baharu untuk memulakan papan yang baharu.

  3. Ketik butang Alat Lukisan dan Tulisan Tangan, kemudian lukis dengan jari anda.

    Petua: Tahan jari anda untuk seketika apabila anda selesai melukis untuk melicinkan dan meluruskan bentuknya.

    Sesetengah alat lukisan Freeform dan goresannya: Penanda, Pen, Serlahan, Pensel, Krayon, Pena dan Berus Warna Air.
  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tukar alat: Ketik alat. Leret untuk melihat alat lain, seperti Isi, Krayon, Pena Dakwat, Pen Pipit atau Berus Warna Air.

    • Tukar kualiti alat (seperti sudut, ketebalan, kelegapan): Ketik sebarang alat kali kedua.

    • Isi bentuk dengan warna: Ketik alat Isi (tiub cat), kemudian ketik dalam bentuk yang tertutup.

    • Lukis garisan lurus: Ketik alat Pembaris. Putarkan pembaris dengan meletakkan dua jari padanya dan memutarkan tangan anda.

  5. Ketik butang Selesai apabila anda selesai melukis.

Jika Apple Intelligence diaktifkan*, anda boleh menggunakan Image Playground untuk mencipta imej unik dalam Freeform. Lihat Cipta imej asal dengan Image Playground.

Pilih dan edit sebahagian daripada lukisan

Apabila anda melukis dalam app Freeform, goresan anda dihimpunkan. Jika anda mahu memisahkan lukisan, anda boleh mengasingkan goresan dan menggabungkannya. Anda juga boleh memadamkan, mensaiz semula dan meluruskan bahagian lukisan.

  1. Selepas anda melukis atau menulis pada papan Freeform anda dengan alat lukisan, ketik butang Laso (di antara Pemadam dan Pembaris) dalam alat melukis.

  2. Ketik atau bulatkan bahagian lukisan yang anda mahu pilih, kemudian pilih pilihan. Untuk melihat pilihan lain, ketik butang Majukan.

    Petua: Pilih Lekat pada Bentuk untuk melicinkan dan meluruskan garis dilukis tangan.

Anda juga boleh mengetik untuk memilih seluruh lukisan atau item lain apabila anda tidak menggunakan alat lukisan. Ketik item untuk memilihnya, ketik butang Lagi dalam alat pemformatan di bahagian bawah, kemudian ketik Potong, Salin atau Duplikasi.

Bekerja dengan teks tulisan tangan

Apabila anda menulis menggunakan tangan dalam app Freeform, tulisan tangan anda dikenal pasti sebagai perkataan. Anda bolen mencari teks yang anda tulis dengan tangan dalam cara yang sama anda mencari teks ditaipkan. Anda juga boleh memilihnya, menyalin dan menampalnya sebagai teks, meluruskannya atau menterjemahnya.

  1. Selepas anda melukis atau menulis pada papan Freeform anda dengan alat lukisan, ketik butang Laso (di antara Pemadam dan Pembaris) dalam alat melukis.

  2. Untuk memilih teks, ketik, dwiketik atau bulatkan perkataan, ketik butang Maju, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Jadikan teks lebih mudah dibaca, licin dan lebih lurus: Ketik Perhaluskan.

    • Jadikan tulisan anda lebih paras: Ketik Luruskan.

    • Betulkan ejaan: Ketik perkataan bergaris bawah, kemudian pilih cara anda mahu membetulkannya. Pembetulan kelihatan dalam gaya penulisan anda sendiri.

    • Alihkan teks tulisan tangan: Sentuh dan tahan teks dipilih, kemudian seretnya ke kedudukan baharu.

    • Seret dan lepas: Sentuh dan tahan teks.

    • Padamkan teks: Gores menerusi tulisan, kemudian tahan jari anda pada iPhone. (Disokong apabila menggunakan alat penanda seperti Pen, Garis mono atau Penanda.)

Untuk melihat pilihan lain, ketik butang Maju dalam menu yang kelihatan di atas teks yang dipilih.

Apabila anda mengetik pautan, alamat, nombor telefon atau tarikh tulisan tangan, ia mungkin membuka menu atau app berkaitan lain.

*Apple Intelligence tersedia dalam beta dengan sokongan untuk bahasa berikut: Bahasa Inggeris, Denmark, Perancis, Jerman, Itali, Norway, Portugis, Sepanyol, Sweden, Turki, Cina (Ringkas), Cina (Tradisional), Jepun, Korea dan Vietnam. Sesetengah ciri mungkin tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ketersediaan bahasa dan ciri serta keperluan sistem, lihat artikel Sokongan Apple Cara mendapatkan Apple Intelligence.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.