Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan Rujukan Visual untuk mengenal pasti objek dalam foto dan video anda pada iPhone

Dengan Rujukan Visual, anda boleh mengenal pasti tanda tempat seni bina, arca popular, karya seni terkenal, tumbuhan, haiwan peliharaan, buku dan banyak lagi yang kelihatan dalam foto dan imej. Rujukan Visual juga boleh mengenal pasti makan dan mencadangkan resipi berkaitan.

Anda boleh menggunakan Rujukan Visual dalam Foto, Safari, Lihat Cepat dan banyak lagi.

Foto terbuka dalam pustaka app Foto. Di bahagian bawah skrin, butang Info memaparkan ikon yang menunjukkan bahawa maklumat Rujukan Visual tersedia.
  1. Buka foto atau imej dalam skrin penuh atau jedakan video pada mana-mana bingkai.

    Jika butang Info memaparkan simbol dengan bintang seperti butang Info Makanan Dikesan atau butang Info Anjing Dikesan, Rujukan Visual tersedia.

  2. Ketik butang Info dibintangkan, kemudian ketik Rujuk di bahagian atas maklumat foto untuk melihat hasil Rujukan Visual.

  3. Ketik butang Tutup untuk menutup hasil Rujukan Visual, kemudian leret ke bawah pada bingkai foto atau video untuk menutup maklumat foto.

Rujukan Visual tidak tersedia di semua rantau atau bahasa. Lihat Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.