Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Beritahu Siri tentang diri anda pada iPhone

Anda boleh memberikan maklumat kepada Siri—termasuk perkara seperti alamat rumah dan pejabat anda, serta hubungan anda—untuk mendapatkan pengalaman yang lebih peribadi supaya anda boleh menyebut perkara seperti “Beri saya arah memandu ke rumah” dan “FaceTime Ibu.”

Beritahu Siri siapa diri anda

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPhone anda.

  2. Ketik Kad Saya di bahagian atas, kemudian ketik Edit.

  3. Masukkan maklumat hubungan anda.

  4. Pergi ke app Seting .

  5. Ketik Siri (atau Apple Intelligence & Siri), ketik Maklumat Saya, kemudian ketik nama anda.

Beritahu Siri cara menyebut nama anda

  1. Pergi ke app Kenalan pada iPhone anda.

  2. Ketik Kad Saya di bahagian atas, kemudian ketik Edit.

  3. Skrol ke bawah, kemudian ketik “tambah medan.”

  4. Pilih medan sebutan nama, kemudian taip cara untuk menyebut nama anda.

Anda juga boleh menambahkan sebutan untuk kad hubungan lain dalam Kenalan. Lihat Edit kenalan.

Beritahu Siri tentang hubungan

Sebutkan sesuatu seperti “Liyana ialah adik perempuan saya” atau “Ashley Kamin ialah ibu saya.”

Urus pemeribadian Siri merentas peranti Apple anda

Jika anda menggunakan iCloud dan mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama, seting Siri anda kekal dikemas kini merentas peranti Apple anda menggunakan penyulitan hujung ke hujung.

Jika anda tidak mahu pemeribadian Siri untuk kekal dikemas kini merentas iPhone dan peranti lain, anda boleh menyahaktifkan Siri dalam seting iCloud.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Lihat Semua, kemudian nyahaktifkan Siri.

Nota: Jika anda mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi, lokasi peranti anda pada masa anda membuat permintaan dihantar ke Apple untuk membantu Siri meningkatkan ketepatan balasannya kepada permintaan anda. Untuk menghantar balasan yang relevan, Apple mungkin menggunakan alamat IP sambungan internet anda untuk menganggarkan lokasi anda dengan memadankannya ke rantau geografi. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.