Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Susun pustaka podcast anda pada iPhone

Dalam app Podcast, anda boleh menyusun podcast yang anda ikuti, mendengar episod terkini dan mencipta stesen anda sendiri.

Lihat pustaka podcast anda

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Ketik Pustaka di bahagian bawah skrin untuk melihat pilihan berikut:

    • Rancangan: Ketik Diikuti untuk melihat rancangan yang anda ikuti. Jika anda telah memuat turun atau menyimpan episod daripada podcast yang anda tidak ikuti, ketik Semua untuk melihatnya. Anda boleh mengetik sebarang rancangan untuk melihat maklumatnya atau episod yang anda muat turun atau simpan.

    • Saluran: Lihat saluran yang anda langgan, saluran yang anda tambahkan ke kegemaran anda dan saluran yang mempunyai rancangan anda ikuti. Anda boleh mengetik saluran untuk melayari semua rancangannya.

    • Kategori: Lihat kategori yang anda tambah ke kegemaran anda, bersama kategori untuk mana-mana rancangan yang anda ikuti.

    • Disimpan: Lihat episod yang anda simpan.

    • Dimuat Turun: Lihat episod yang anda muat turun. Anda boleh menonton atau mendengar episod ini tanpa sambungan Internet.

    • Episod Terkini: Lihat episod terbaharu daripada setiap rancangan yang anda ikuti. Untuk menukar tempoh episod berada dalam senarai main, ketik butang Lagi.

    • Stesen: Jika anda mencipta stesen, setiap stesen disenaraikan.

Tukar tertib main balik episod

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Ketik Pustaka, kemudian ketik Rancangan.

  3. Sentuh dan tahan rancangan, kemudian ketik Seting.

  4. Pilih pilihan di bawah Tertib Episod.

    Apabila anda memainkan episod daripada halaman rancangan, episod yang tinggal dimainkan berdasarkan tertib yang anda pilih.

Setkan had muat turun untuk setiap podcast

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Ketik Pustaka, kemudian ketik Rancangan.

  3. Sentuh dan tahan rancangan, kemudian ketik Seting.

  4. Ketik Muat Turun Secara Automatik, kemudian pilih pilihan.

  5. Ketik Muat Turun Video, kemudian pilih Aktif untuk memuat turun video bagi main balik luar talian, atau Tak Aktif untuk memuat turun audio sahaja.

Tanda episod sebagai dimainkan

Lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Semasa melihat maklumat rancangan: Leret ke kanan pada episod, kemudian ketik Dimainkan.

  • Semasa melihat maklumat episod: Ketik butang Lagi, kemudian ketik Tandakan sebagai Dimainkan.

Sembunyikan episod yang anda telah mainkan

Anda boleh menukar seting rancangan untuk menyembunyikan episod yang anda telah mainkan.

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Ketik Pustaka, ketik Rancangan, kemudian sentuh dan tahan rancangan.

  3. Ketik Seting, kemudian aktifkan Sembunyikan Episod Dimainkan.

Untuk menyembunyikan episod yang telah dimainkan secara automatik bagi semua rancangan yang anda ikuti, pergi ke Seting  > App > Podcast, kemudian aktifkan Sembunyikan Episod Dimainkan.

Cipta stesen anda sendiri

Gunakan stesen (serupa dengan senarai main muzik) untuk mengumpulkan rancangan yang anda ikuti berdasarkan tema seperti berita, komedi atau ulang-alik pagi. Episod daripada podcast yang anda pilih ditambah ke stesen anda secara automatik dengan kerap.

  1. Pergi ke app Podcast pada iPhone anda.

  2. Ketik Pustaka, kemudian ketik butang Lagi berhampiran bahagian atas kanan.

  3. Ketik Stesen Baharu, tambah tajuk, kemudian ketik Simpan.

  4. Ketik Pilih Podcast, kemudian ketik rancangan yang anda mahu tambah ke stesen (atau aktifkan Sertakan Semua Podcast).

  5. Ketik butang Balik, kemudian ketik butang Tutup.

Petua: Anda boleh melaraskan bilangan episod daripada setiap podcast yang ditambah ke stesen anda. Ketik stesen, ketik butang Lagi, kemudian ketik Seting Stesen. Untuk menggunakan seting yang sama untuk semua podcast dalam stesen, ketik Episod, kemudian pilih pilihan. Untuk melaraskan seting bagi stesen tunggal, ketik rancangan dalam senarai Podcast, kemudian pilih pilihan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.