Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dengan Spotlight pada iPhone

Pada iPhone, anda boleh mencari app dan kenalan, kandungan dalam app seperti Mail dan Mesej, serta teks dalam foto anda menggunakan Teks Langsung. Anda boleh menyemak saham dan maklumat mata wang, serta mencari dan membuka halaman web, app dan imej dalam pustaka foto anda, merentas sistem anda dan di web.

Apabila anda mencari app, pintasan app untuk tindakan seterusnya anda yang paling berkemungkinan dalam Hasil Teratas. (Contohnya, pintasan ke album Kegemaran kelihatan apabila anda mencari Foto.)

Dalam Seting > Carian, anda boleh memilih app yang anda mahu sertakan dalam hasil carian. Carian menawarkan cadangan berdasarkan penggunaan app anda dan hasil kemas kini semasa anda menaip.

Pilih app untuk disertakan dalam Carian

  1. Pergi ke Seting  > Carian.

  2. Skrol ke bawah, ketik app, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Tunjukkan App dalam Carian.

Cari dengan iPhone

  1. Ketik butang Carian di bahagian bawah Skrin Utama (pada model dengan Face ID) atau leret ke bawah pada Skrin Utama atau Skrin Kunci.

  2. Masukkan perkara yang anda cari dalam medan carian.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Mulakan carian anda: Ketik butang Cari.

    • Buka app atau tapak web yang dicadangkan: Ketik app atau tapak web.

    • Gunakan tindakan cepat: Mulakan pemasa, aktifkan Fokus, cari nama lagu dengan Shazam, jalankan sebarang pintasan dan banyak lagi. Cari nama app untuk melihat pintasan yang tersedia untuk app, atau cipta pintasan anda sendiri menggunakan app Pintasan.

    • Semak tapak web cadangan: Ketiknya.

    • Dapatkan lebih maklumat tentang cadangan carian: Ketiknya, kemudian ketik salah satu hasil untuk membukanya.

    • Mulakan carian baharu: Ketik butang Padamkan Teks dalam medan carian.

Nyahaktifkan Cadangan Berdasarkan Lokasi

  1. Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi.

  2. Ketik Perkhidmatan Sistem, kemudian nyahaktifkan Cadangan & Cari.

Cari dalam app

Kebanyakan app menyertakan medan carian atau butang cari jadi anda boleh mencari sesuatu dalam app. Contohnya, dalam app Peta, anda boleh mencari lokasi khusus.

  1. Dalam app, ketik medan carian atau butang Cari.

    Jika anda tidak melihat medan atau butang cari, leret ke bawah dari atas.

  2. Taip carian anda, kemudian ketik Cari.

Tambah kamus

Pada iPhone, anda boleh menambah kamus, yang boleh digunakan dalam carian.

  1. Pergi ke Seting  > Umum > Kamus.

  2. Pilih kamus.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.