Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cas bateri iPhone

iPhone mempunyai bateri dalaman, litihum-ion boleh dicas semula, yang memberikan prestasi terbaik untuk peranti anda buat masa ini. Berbanding teknologi bateri tradisional, bateri lithium-ion lebih ringan, cas dengan lebih cepat, tahan lebih lama dan mempunyai ketumpatan kuasa yang lebih tinggi untuk hayat bateri yang lebih.

Untuk memahami cara bateri anda berfungsi supaya anda boleh memanfaatkan ia sepenuhnya, lihat tapak web Bateri Litium-ion Apple.

Perihal mengecas bateri

Ikon Bateri dengan kilat yang menunjukkan bateri sedang dicas.

Ikon bateri di penjuru kanan atas menunjukkan paras bateri atau status pengecasan. Apabila anda menyelaraskan atau menggunakan iPhone, masa yang lebih lama diperlukan untuk mengecas bateri.

Jika iPhone mempunyai kuasa yang sangat rendah, ia mungkin memaparkan imej bateri yang hampir kosong yang menandakan bahawa ia perlu dicas sehingga 10 minit sebelum anda boleh menggunakannya. Jika iPhone amat rendah kuasanya semasa anda mula mengecasnya, paparan mungkin menjadi kosong sehingga selama 2 minit sebelum imej bateri rendah kelihatan. Lihat artikel Sokongan Apple Jika iPhone anda tidak mengecas.

Cas bateri

Untuk mengecas iPhone, lakukan mana-mana daripada berikut:

  • Sambungkan iPhone ke salur kuasa menggunakan kabel pengecasan (disertakan) dan penyesuai kuasa USB Apple atau penyesuai kuasa serasi yang lain (dijual secara berasingan). Lihat Penyesuai kuasa.

    iPhone disambungkan ke penyesuai kuasa yang disambungkan ke salur kuasa.
  • Letakkan iPhone menghadap ke atas pada Pengecas MagSafe (disambungkan ke penyesuai kuasa USB-C 20W Apple atau penyesuai kuasa serasi lain) atau pada pengecas disijilkan Qi. (Pengecas MagSafe, penyesuai kuasa dan pengecas disijilkan Qi dijual secara berasingan.) Lihat Pengecas dan pek bateri MagSafe dan Pengecas wayarles disijilkan Qi.

    Nota: Anda juga boleh menggunakan penyesuai kuasa pihak ketiga dan pengecas yang disijilkan Qi yang mematuhi peraturan negara yang berkenaan serta piawai keselamatan serantau dan antarabangsa. Lihat “Pengecasan” dalam Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.

  • Sambungkan iPhone dan komputer anda dengan kabel.

    Pastikan komputer anda dihidupkan—jika iPhone disambungkan ke komputer yang dimatikan, bateri mungkin berkurang berbanding dicas. Cari ikon Pengecasan pada ikon bateri untuk memastikan iPhone anda dicas.

    Nota: Jangan cuba mengecas iPhone anda dengan menyambungkannya ke papan kekunci anda, melainkan papan kekunci anda mempunyai port USB berkuasa tinggi.

Menyambung iPhone ke salur kuasa atau meletakkannya pada pengecas wayarles boleh memulakan sandaran iCloud. Lihat Sandarkan iPhone.

AMARAN: Jika anda mengesyaki mungkin terdapat cecair dalam port pengecas iPhone, jangan palamkan kabel pengecas ke dalam iPhone. Untuk mendapatkan maklumat tentang pendedahan kepada cecair dan maklumat keselamatan penting yang lain tentang bateri dan mengecas iPhone, lihat Maklumat keselamatan penting untuk iPhone.

Tingkatkan kelajuan pengecasan

Jika iPhone anda mengecas dengan perlahan, anda akan melihat mesej Pengecas Perlahan dalam Seting > Bateri. Mesej ini kelihatan apabila iPhone anda menyokong pengecasan pantas tetapi pengecas yang disambungkan tidak berupaya memberikan kuasa optimum.

Kad maklumat pengecasan dalam seting Bateri iPhone. Kad menunjukkan bateri pada 80% dan menunjukkan yang ia disambungkan ke “Pengecas Perlahan”. Bar kemajuan menganggarkan yang ia akan mengambil 52 minit untuk mencapai 100%.

Pengecasan mungkin mengambil masa lebih lama daripada yang dijangka jika anda menggunakan:

  • Pengecas berwayar yang menyalurkan 7.5 watt atau kurang

  • Pengecas wayarles yang menyalurkan kurang daripada 10 watt, seperti pengecas disijilkan Qi

Fahami kelakuan pengecasan

iPhone mengurus cara ia dicas bagi membantu mengekalkan kesihatan bateri jangka panjang. Ini yang berlaku apabila anda mengecas:

  • Pengecasan pantas sehingga 80%: iPhone dicas dengan pantas sehingga bateri mencapai lebih kurang 80%.

  • Pengecasan berkurang selepas 80%: Pengecasan menjadi perlahan untuk mengurangkan tekanan bateri dan mengehadkan haba. Peringkat terakhir ini membantu mengekalkan hayat bateri.

  • Suhu: Pengecasan mungkin dijeda buat sementara semasa dalam keadaan suhu melampau dan meneruskan setelah suhu bateri kembali ke julat pengendalian biasa.

Perlindungan ini berlaku secara automatik dan tidak memerlukan sebarang perubahan kepada seting anda.

Perihal kitar pengecasan dan hayat bateri

Kapasiti sebarang bateri akan berkurangan selepas jumlah pengecasan tertentu. Dengan bateri lithium-ion, kapasiti berkurangan sedikit dengan setiap kitaran pengecasan yang lengkap. Bateri lithium-ion Apple berfungsi dalam kitar pengecasan dan mengekalkan lebih kurang 80% kapasiti asalnya untuk bilangan kitar pengecasan yang banyak, bergantung pada produk.

Kitar pengecasan berlaku apabila anda menggunakan 100% kapasiti bateri* anda, walaupun bukan semua sekali gus. Contohnya, anda mungkin menggunakan 75% kapasiti bateri anda pada satu hari, kemudian mengecasnya semula sepenuhnya sepanjang malam. Jika anda menggunakan 25% pada hari seterusnya, anda akan menggunakan 100% dan dua hari tersebut akan bertambah menjadi satu kitaran pengecasan.

Petua: Pengecasan separa sepanjang hari tidak akan menjejaskan bateri dan menggunakan ciri seperti Pengecasan Bateri Optimum atau Had Pengecasan boleh membantu melanjutkan hayatnya dengan lebih lagi.

Hayat bateri dan kitar pengecasan berbeza mengikut penggunaan dan seting. Untuk mengetahui cara memaksimumkan prestasi dan jangka hayat bateri anda, lihat artikel Sokongan Apple Bateri iPhone dan Prestasi.

Bateri iPhone perlu diservis atau dikitar semula oleh Apple atau Penyedia Khidmat Sah Apple. Lihat Tapak web Servis dan Kitar Semula Bateri.

*Kitaran pengecasan yang lengkap dinormalkan antara 80% dan 100% kapasiti asal untuk mengambil kira kapasiti bateri berkurangan yang dijangka dari semasa ke semasa.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.