Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi muzik dengan rakan pada iPhone

Selepas anda mencipta profil Apple Music, anda boleh berkongsi muzik dengan rakan anda. Anda boleh membenarkan sesiapa untuk mengikuti anda atau hanya orang yang anda pilih dan menyekat orang lain.

Pilih muzik untuk dikongsi dengan pengikut anda

Secara lalai, pengikut anda melihat senarai main yang anda cipta, tetapi anda boleh memilih untuk tidak berkongsi sesetengah senarai main.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Lihat Profil, ketik Edit, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan Senarai Main Dikongsi.

Untuk berkongsi senarai main dengan orang yang tidak mengikuti anda, sentuh dan tahan senarai main, kemudian ketik Kongsi Senarai Main.

Nota: Jika anda membuat perubahan pada muzik yang anda kongsikan—sebagai contoh, edit atau henti berkongsi senarai main—perubahan tersebut ditunjukkan pada peranti pengikut anda.

Sembunyikan muzik daripada pengikut anda

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Lihat Profil.

  4. Sentuh dan tahan senarai main atau album (di bawah Sedang Mendengar).

  5. Ketik Sembunyikan daripada Profil.

Sejarah mendengar untuk item ini tidak akan kelihatan dalam profil anda atau kelihatan kepada orang yang mengikuti anda. Jika anda tidak mahu pengikut anda melihat sebarang muzik yang anda dengari, ketik Edit pada skrin profil, kemudian nyahaktifkan Sedang Mendengar di bahagian bawah skrin.

Nota: Masa sehingga 10 minit mungkin diperlukan sebelum muzik yang anda sembunyikan tidak lagi kelihatan kepada pengikut anda.

Untuk menyembunyikan semua muzik yang anda mainkan daripada pengikut anda di Apple Music, lihat Beritahu Apple Music untuk mengabaikan tabiat pendengaran anda.

Kongsi profil anda

Anda boleh berkongsi profil anda menggunakan e-mel, Mesej, atau app lain yang anda pilih.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Lihat Profil.

  4. Ketik butang Lagi, ketik Kongsi, kemudian pilih pilihan perkongsian.

Anda juga boleh berkongsi profil sesiapa yang anda ikuti atau orang yang mengikut anda.

Pilih orang yang anda kongsikan muzik

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Lihat Profil, Ketik Edit, kemudian ketik Orang Anda Luluskan untuk diikuti hanya oleh orang yang anda pilih. (Semua orang termasuk pelanggan Apple Music yang mempunyai profil.)

Untuk mendapatkan seting privasi tambahan, lihat Sembunyikan muzik daripada pengikut anda.

Balas permintaan ikut

Jika seseorang meminta untuk mengikuti, anda boleh menerima atau menolak permintaan tersebut. Anda menerima permintaan hanya jika anda memilih Orang Anda Luluskan dalam profil anda. Lihat Pilih orang yang anda kongsikan muzik.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Permintaan Ikut, kemudian terima atau tolak permintaan.

Anda mungkin menerima permintaan ikut dalam cara lain—sebagai contoh, pautan dalam mesej e-mel atau teks. Untuk menerima, ketik pautan.

Aktifkan atau nyahaktifkan pemberitahuan tentang aktiviti rakan anda

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Pemberitahuan, kemudian aktifkan (atau nyahaktifkan) Aktiviti Rakan.

    Apabila pilihan aktif, anda dimaklumkan apabila rakan mengikuti anda dan menambah senarai main anda.

Halang pengguna daripada mengikuti anda

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Akaun Saya atau gambar profil anda.

  3. Ketik Lihat Profil, sentuh dan tahan gambar profil, kemudian pilih Sekat.

    Orang yang anda sekat tidak akan nampak muzik anda atau mencari profil anda. Mereka masih boleh memainkan senarai main dikongsi anda jika mereka menambahnya pada pustaka mereka.

Laporkan kebimbangan

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang pengikut, sentuh dan tahan gambar profil mereka, kemudian ketik Laporkan Kebimbangan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.