Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah muzik ke iPhone dan dengar di luar talian

Sebaik sahaja anda melanggan Apple Music, anda boleh menambah dan memuat turun lagu serta video daripada Apple Music ke pustaka muzik anda. Anda boleh menstrim muzik yang anda tambah ke iPhone apabila anda mempunyai sambungan internet. Untuk memainkan muzik apabila anda tidak bersambung ke internet, anda perlu memuat turunnya dahulu.

Siri: Minta Siri sesuatu seperti, “Tambah ini ke pustaka saya” semasa memainkan sesuatu. Ketahui cara menggunakan Siri.

Tambahkan muzik daripada Apple Music ke pustaka anda

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Sentuh dan tahan lagu, album, senarai main atau video, kemudian ketik Tambah.

    • Semasa melihat kandungan album atau senarai main, ketik butang Tambah ke Pustaka berdekatan bahagian atas skrin untuk menambah album atau senarai main, atau ketik butang Lagi bersebelahan lagu, kemudian ketik Tambah untuk menambah lagu tersebut.

    • Pada skrin Kini Dimainkan, ketik butang Lagi, kemudian ketik Tambah.

Muzik yang anda tambahkan ke iPhone juga ditambahkan ke peranti lain jika anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama dan mengaktifkan Selaraskan Pustaka (pergi ke Seting  > App > Muzik, kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka).

Muat turun muzik daripada Apple Music ke iPhone anda

Sebelum anda boleh memuat turun muzik daripada Apple Music ke pustaka, anda perlu mengaktifkan Selaraskan Pustaka. Pergi ke Seting  > App > Muzik, kemudian aktifkan Selaraskan Pustaka. Kemudian ikuti langkah ini untuk memuat turun muzik.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Muat turun lagu, album atau senarai main: Sentuh dan tahan muzik yang anda tambah ke pustaka anda, kemudian ketik Muat Turun.

      Selepas anda menambah senarai main atau album, anda juga boleh mengetik butang Muat Turun di bahagian atas skrin.

    • Sentiasa muat turun muzik: Pergi ke Seting  App > Muzik, kemudian aktifkan Muat Turun Automatik.

      Lagu yang anda tambah dimuat turun secara automatik ke iPhone.

    • Lihat kemajuan muat turun: Pada tab Pustaka, ketik Memuat Turun.

Nota: Jika muzik yang anda muat turun tersedia dalam Dolby Atmos, butang Dolby kelihatan di sebelah item dan anda boleh memuat turunnya dalam Dolby Atmos atau dalam stereo. Untuk memuat turun muzik dalam Dolby Atmos apabila tersedia, pergi ke Seting  > App > Muzik, kemudian aktifkan Muat Turun dalam Dolby Atmos. Lihat Mainkan muzik dalam Audio Ruang dengan Dolby Atmos pada iPhone.

Padamkan muzik daripada pustaka anda

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Sentuh dan tahan lagu, album, senarai main atau video muzik, kemudian ketik Padam daripada Pustaka.

Urus ruang storan

Untuk mengurus ruang storan, lakukan mana-mana yang berikut:

  • Keluarkan muzik dan video yang disimpan pada iPhone: Pergi ke app Muzik pada iPhone anda, sentuh dan tahan item yang anda telah muat turun, kemudian ketik Keluarkan Muat Turun.

    Item dikeluarkan daripada iPhone, tetapi tidak dikeluarkan daripada pustaka muzik anda pada peranti lain anda.

  • Kosongkan storan muzik: Jika ruang storan iPhone kurang, anda boleh mengeluarkan muzik dimuat turun yang sudah lama anda tidak mainkan secara automatik. Pergi ke Seting  > App > Muzik > Optimumkan Storan.

  • Keluarkan semua lagu atau artis khusus daripada iPhone: Pergi ke Seting  > App > Muzik > Muzik Dimuat Turun, ketik Edit, kemudian ketik butang Padam bersebelahan Semua Lagu atau artis yang anda mahu padamkan muziknya.

  • Keluarkan semua lagu Apple Music daripada iPhone: Pergi ke Seting > App > Muzik, kemudian nyahaktifkan Selaraskan Pustaka.

    Lagu dikeluarkan daripada iPhone tetapi kekal dalam pustaka muzik anda pada peranti lain anda. Muzik yang anda beli atau selaraskan juga kekal.

Pilih pilihan data selular untuk Muzik

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Muzik.

  3. Aktifkan Data Selular, kemudian lakukan mana-mana pilihan berikut:

    • Aktifkan atau nyahaktifkan Muat Turun melalui Selular.

    • Ketik Kualiti Audio, aktifkan Audio Lossless, kemudian ketik Penstriman Selular untuk memilih seting (Tiada, Kecekapan Tinggi, Kualiti Tinggi, Lossless, atau Lossless Resolusi Tinggi).

      Kualiti Tinggi, Lossless dan Lossless Resolusi Tinggi menggunakan lebih banyak data selular secara ketara daripada Kecekapan Tinggi, yang mungkin dikenakan caj tambahan daripada pembawa anda. Lagu juga mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk mula dimainkan.

Apabila anda membeli akses kepada filem, rancangan TV, muzik, video muzik, e-buku, buku audio atau nada dering dari Apple, anda juga mempunyai pilihan untuk memuat turun item ke iPhone, iPad, Mac atau PC yang serasi secara kekal. Apple tidak boleh membatalkan kandungan dimuat turun anda dan anda akan sentiasa boleh mengakses kandungan dimuat turun anda tanpa sambungan internet.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.