Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hantar dan terima mesej audio dalam Mesej pada iPhone

Anda boleh merakam dan menghantar mesej audio, bersama transkrip perkara yang disebutkan dalam mesej. Mesej audio dipadamkan secara automatik untuk menjimatkan ruang pada iPhone anda, tetapi jika anda mahu menyimpan mesej, anda boleh berbuat demikian.

Nota: Transkripsi mesej audio tersedia dalam bahasa terpilih. Lihat Tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Perbualan Mesej dengan mesej audio.

Rakam dan hantar mesej audio

Berbanding menulis mesej teks, anda boleh merakam mesej audio yang boleh dimainkan terus dalam perbualan Mesej.

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Dalam perbualan, ketik butang Tambah.

  3. Ketik Audio, kemudian mula bercakap.

  4. Ketik butang Henti untuk menjeda atau menamatkan rakaman anda, kemudian lakukan mana-mana pilihan berikut pada mesej anda:

    • Hantarnya: Ketik butang Hantar.

    • Dengar untuk menyemaknya: Ketik butang Main.

    • Tambah di hujungnya: Ketik butang Teruskan Rakaman (dengan tempoh mesej).

    • Batalkannya: Ketik butang Tutup.

  5. Ketik Simpan untuk menyimpan mesej audio masuk atau keluar pada iPhone anda.

    Jika tidak, rakaman dipadamkan daripada perbualan—pada iPhone anda sahaja—2 minit selepas anda menghantar atau mendengar mesej. Penerima boleh memainkan rakaman anda pada bila-bila masa selepas mereka menerimanya. Untuk menyimpannya, mereka perlu mengetik Simpan dalam 2 minit selepas mendengarnya.

Petua: Hantar mesej audio susulan lebih cepat dengan menyentuh dan menahan butang Rakam Audio dalam medan teks.

Mesej audio ditranskripsikan secara automatik dalam bahasa yang dipilih dalam Seting pengirim. Untuk bertukar kepada bahasa lain bagi mesej keluar anda, lihat Tukar bahasa dan rantau.

Sentiasa simpan mesej audio

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Mesej.

  3. Ketik Tamat Tempoh (di bawah Mesej Audio), kemudian ketik Jangan.

Dengar atau balas mesej audio yang dirakam

  1. Pergi ke app Mesej pada iPhone anda.

  2. Buka perbualan dengan mesej audio, kemudian ketik butang Main untuk memainkannya.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Leret ke kanan dan kiri pada mesej audio untuk maju pantas atau putar balik.

    • Sentuh dan tahan butang Main atau butang Jeda untuk melaraskan kelajuan main balik.

  4. Ketik Simpan untuk menyimpan mesej audio dalam perbualan.

    Untuk menyimpan mesej dalam app Memo Suara , sentuh dan tahan mesej audio, kemudian ketik Simpan ke Memo Suara.

Gunakan Angkat untuk Dengar

Apabila anda menerima mesej audio, anda boleh menggerakkan iPhone anda untuk memainkan dan membalas mesej. Lakukan salah satu yang berikut:

  • Mainkan mesej audio: Angkat iPhone anda ke telinga anda.

  • Balas mesej audio: Turunkan iPhone anda dan angkatnya ke telinga anda lagi, kemudian cakap selepas anda mendengar nada. Ketik butang Hantar untuk menghantar balasan anda.

Nyahaktifkan Angkat untuk Dengar

Jika anda tidak mahu mesej audio dimainkan semasa anda mengangkat iPhone anda ke telinga, anda boleh menyahaktifkan ciri.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Mesej.

  3. Nyahaktifkan Angkat untuk Dengar.

Tukar ke FaceTime daripada Mesej

Anda boleh membuat panggilan audio atau video dengan cepat dan bukannya menghantar mesej dengan bertukar ke FaceTime. Dalam perbualan Mesej, ketik butang FaceTime.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.