Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kongsi lokasi dengan ahli keluarga dan cari peranti mereka yang hilang pada iPhone

Dengan Perkongsian Keluarga, anda boleh berkongsi lokasi anda dengan ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda dan membantu mereka mencari peranti yang hilang. Apabila pengelola keluarga menyediakan perkongsian lokasi dalam seting Perkongsian Keluarga, lokasi pengelola dikongsi secara automatik dengan semua orang dalam keluarga, termasuk sebarang ahli baharu yang ditambah kemudian. Kemudian, ahli keluarga boleh memilih sama ada mahu berkongsi lokasi mereka atau tidak.

Kongsi lokasi anda dengan ahli keluarga

Apabila anda berkongsi lokasi dengan keluarga anda, mereka boleh melihat lokasi anda dalam Cari. Anda juga boleh mendapatkan pemberitahuan apabila ahli keluarga menukar lokasi mereka—contohnya, jika anak meninggalkan sekolah semasa waktu sekolah.

  1. Pergi ke Seting  > Keluarga > Perkongsian Lokasi.

  2. Aktifkan Perkongsian Lokasi untuk ahli keluarga yang anda mahu kongsikan lokasi anda.

    Anda boleh mengulangi langkah ini untuk setiap ahli keluarga yang anda mahu kongsikan lokasi. Setiap ahli keluarga menerima mesej yang anda berkongsi lokasi anda dan boleh memilih untuk berkongsi lokasi mereka dengan anda.

    Anda boleh berhenti berkongsi lokasi anda dengan sebarang ahli keluarga pada bila-bila masa.

  3. Jika anda mahu berkongsi lokasi anda dengan ahli baharu yang menyertai kemudian, aktifkan Kongsi Lokasi Secara Automatik.

Nota: Kanak-kanak dan remaja dengan Masa Skrin diaktifkan mungkin tidak dapat menukar seting perkongsian lokasi mereka sendiri.

Untuk berkongsi lokasi, anda mesti mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi dalam Seting  > Privasi & Keselamatan. Lihat Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi.

Cari peranti ahli keluarga

Selepas anda berkongsi lokasi anda dengan ahli kumpulan Perkongsian Keluarga anda, mereka boleh membantu mencari peranti hilang yang ditambahkan ke app Cari.

Lihat Cari peranti dalam Cari.

Peranti anda berada di bahagian atas senarai dan peranti ahli keluarga anda berada di bawah peranti anda.

Minta ahli keluarga untuk berkongsi AirTag dengan anda

Jika anda menerima pemberitahuan dalam app Cari yang menyatakan AirTag Dikesan Berdekatan Anda atau AirTag Tidak Dikenali, anda boleh meminta ahli keluarga yang memilikinya untuk berkongsi AirTag dengan anda.

  1. Dalam pemberitahuan, ketik Minta Pemilik untuk Berkongsi AirTag.

  2. Ketik Minta Pemilik di bahagian bawah skrin.

Anda juga boleh menggunakan Cari Peranti di iCloud.com untuk mencari peranti ahli keluarga yang hilang. Lihat Cari peranti dalam Cari Peranti di iCloud.com dalam Panduan Pengguna iCloud.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.