Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cipta pautan ke panggilan FaceTime pada iPhone

Dalam FaceTime, anda boleh mencipta pautan ke panggilan FaceTime dan menghantar pautan kepada rakan atau kumpulan (menggunakan Mail atau Mesej). Mereka boleh menggunakan pautan untuk menyertai atau memulakan panggilan.

  1. Pergi ke app FaceTime pada iPhone anda.

  2. Ketik Panggilan Baharu, kemudian ketik Cipta Pautan butang Cipta Pautan.

  3. Pilih pilihan untuk menghantar pautan (sebagai contoh, Mesej atau Mail).

Dalam Kalendar, anda boleh menjadualkan mesyuarat video jauh dengan memasukkan pautan FaceTime sebagai lokasi mesyuarat.

Nota: Anda boleh menjemput sesiapa sahaja untuk menyertai anda dalam panggilan FaceTime, walaupun orang yang tidak mempunyai peranti Apple, selagi mereka mempunyai pelayar yang menyokong WebRTC (seperti versi terkini Google Chrome atau Microsoft Edge). Mereka boleh menyertai anda dalam panggilan satu dengan satu dan Kumpulan FaceTime daripada pelayar mereka—log masuk tidak diperlukan. Menghantar video memerlukan sokongan pengekodan video H.264.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.