Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kawal maklumat lokasi yang anda kongsi pada iPhone

Anda mengawal sama ada iPhone dan app mempunyai maklumat tentang lokasi anda.

Untuk mengetahui lokasi anda apabila mendapatkan arah, menyediakan mesyuarat dan banyak lagi, Perkhidmatan Lokasi menggunakan maklumat (apabila tersedia) daripada rangkaian GPS, sambungan Bluetooth® anda, rangkaian Wi-Fi setempat anda dan rangkaian selular anda. Apabila app menggunakan Perkhidmatan Lokasi, ikon Perkhidmatan Lokasi kelihatan dalam bar status.

Apabila anda menyediakan iPhone, anda ditanya jika anda mahu mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi. Selepas itu, anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada bila-bila masa.

Kali pertama app mahukan data lokasi daripada iPhone, anda menerima permintaan dengan penjelasan. Sesetengah app mungkin membuat permintaan satu kali sahaja untuk lokasi anda. App lain mungkin meminta anda berkongsi lokasi anda pada masa ini dan masa hadapan. Sama ada anda memberikan atau menolak akses berterusan kepada lokasi, anda boleh menukar akses app kemudian.

Aktifkan Perkhidmatan Lokasi

Jika anda tidak mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi pada kali pertama anda menyediakan iPhone, pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi, kemudian aktifkan Perkhidmatan Lokasi.

Penting: Jika anda menyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi, kebanyakan ciri iPhone penting berhenti berfungsi.

Lihat app menggunakan maklumat lokasi anda

  1. Pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi.

  2. Untuk menyemak atau menukar seting akses bagi app atau untuk melihat penjelasannya bagi meminta Perkhidmatan Lokasi, ketik app.

Untuk membenarkan app menggunakan lokasi khusus anda, biarkan Lokasi Tepat diaktifkan. Untuk berkongsi hanya anggaran lokasi anda—yang mungkin mencukupi untuk app yang tidak memerlukan lokasi tepat anda—nyahaktifkan Lokasi Tepat.

Nota: Jika anda mengesetkan akses untuk app kepada Minta Kali Seterusnya, anda diminta untuk mengaktifkan Perkhidmatan Lokasi lagi kali seterusnya app cuba untuk menggunakannya.

Untuk mengetahui cara app pihak ketiga menggunakan maklumat yang diminta, semak dasar terma dan syarat app. Lihat artikel Sokongan Apple Perihal privasi dan Perkhidmatan Lokasi dalam iOS, iPadOS dan watchOS.

Sembunyikan peta dalam isyarat Perkhidmatan Lokasi

Apabila anda membenarkan app untuk sentiasa menggunakan lokasi anda di latar belakang, anda mungkin menerima isyarat tentang penggunaan maklumat itu oleh app. (Isyarat ini membenarkan anda menukar keizinan anda, jika anda mahu.) Dalam isyarat, peta menunjukkan lokasi terkini yang diakses oleh app.

Untuk menyembunyikan peta, pergi ke Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Isyarat Lokasi, kemudian nyahaktifkan Tunjukkan Peta dalam Isyarat Lokasi.

Dengan seting dinyahaktifkan, anda akan terus menerima isyarat lokasi, tetapi peta tidak ditunjukkan.

Semak atau tukar seting Perkhidmatan Lokasi untuk perkhidmatan sistem

Beberapa perkhidmatan sistem, seperti cadangan dan iklan berdasarkan lokasi, gunakan Perkhidmatan Lokasi.

Untuk melihat status bagi setiap perkhidmatan, aktifkan atau nyahaktifkan Perkhidmatan Lokasi untuk setiap perkhidmatan, atau untuk menunjukkan ikon Perkhidmatan Lokasi dalam bar status apabila perkhidmatan sistem yang didayakan menggunakan lokasi anda, pergi ke & Seting  > Privasi & Keselamatan > Perkhidmatan Lokasi > Perkhidmatan Sistem.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.