Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan Mel Suara pada iPhone

Mel Suara Visual menunjukkan kepada anda senarai mesej mel suara dalam app Telefon anda. Anda boleh memilih mesej untuk dimainkan dan dipadamkan tanpa mendengar semuanya. Apabila anda menyimpan mesej mel suara anda di iCloud, mesej diselaraskan merentas peranti anda. Lencana pada ikon Mel Suara menunjukkan bilangan mesej yang belum didengari.

Mel Suara Langsung membolehkan anda melihat transkripsi masa sebenar apabila seseorang meninggalkan mesej untuk anda. Anda juga boleh mengangkat panggilan semasa mereka sedang meninggalkan mel suara mereka.

Nota: Mel Suara, Mel Suara Visual dan Mel Suara Langsung tersedia daripada pembawa terpilih di negara atau rantau terpilih.

Sediakan Mel Suara

Kali pertama anda mengetik Mel Suara, anda digesa untuk mencipta kata laluan mel suara dan merakamkan ucapan mel suara anda.

  1. Pergi ke app Telefon pada iPhone anda.

  2. Lakukan salah satu yang berikut, bergantung pada tataletak app Telefon yang anda gunakan:

    • Tataletak disatukan: Ketik butang Penapis, ketik Mel Suara, ketik Edit, kemudian ketik Edit Ucapan Mel Suara.

    • Tataletak Klasik: Ketik Mel Suara di bahagian bawah skrin anda, kemudian ketik Ucapan.

  3. Pilih ucapan—Lalai atau Tersuai; jika anda memilih Tersuai, anda boleh merakam ucapan yang baharu.

Aktifkan Mel Suara Langsung

Untuk mengaktifkan Mel Suara Langsung, lakukan yang berikut:

  1. Pergi ke app Seting pada iPhone anda.

  2. Ketik App, kemudian ketik Telefon.

  3. Aktifkan Mel Suara Langsung.

    Apabila Mel Suara Langsung aktif dan pemanggil dihantar ke mel suara, iPhone anda memaparkan transkripsi mel suara pemanggil semasa mereka bertutur. (Kadar panggilan dan data mungkin dikenakan.) Pemanggil tidak akan dapat mendengar anda dan anda mungkin tidak dapat mendengar mereka melainkan anda memilih untuk menjawab panggilan. Untuk menghentikan mel suara masuk tanpa menjawab atau menyekat panggilan, ketik Berhenti.

    Jika iPhone anda dimatikan atau luar daripada julat rangkaian pembawa anda, panggilan akan dihantar ke mel suara pembawa, jika tersedia.

    Jika anda mengaktifkan Senyapkan Pemanggil Tidak Dikenali, nombor yang tidak dikenali akan terus pergi ke Mel Suara Langsung tanpa berdering pada anda terlebih dahulu. Panggilan yang dikenal pasti sebagai spam oleh pembawa anda tidak pergi ke Mel Suara Langsung dan akan ditolak secara serta-merta.

Nota: Mel Suara Langsung tidak tersedia di semua negara, rantau atau bahasa. Lihat tapak web Ketersediaan Ciri iOS dan iPadOS.

Skrin panggilan menunjukkan Mel Suara Langsung daripada kenalan. Di bawah teks yang ditranskripsi ialah butang Henti dan Terima untuk panggilan.

Simpan Mel Suara dalam iCloud

Anda boleh menyimpan dan menyelaraskan Mel Suara Langsung dan Mel Suara Pembawa dalam iCloud.

  1. Pergi ke app Seting  pada iPhone anda.

  2. Ketik nama anda, kemudian ketik iCloud.

  3. Ketik Lihat Semua bersebelahan Disimpan ke iCloud, kemudian aktifkan Telefon & FaceTime.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.