Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Rombak atau ulang lagu dalam Muzik pada iPhone

Anda boleh merombak semua lagu dan album dalam pustaka anda (mainkan mereka dalam tertib rawak) atau hanya rombak senarai main atau album. Anda juga boleh mengulang lagu individu, senarai main atau album.

  1. Pergi ke app Muzik pada iPhone anda.

  2. Semasa lagu dimainkan, ketik Pemain Mini untuk membuka skrin Kini Dimainkan.

  3. Ketik butang Main Seterusnya, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Mainkan lagu anda dalam tertib rawak (rombak): Ketik butang Rombak. Ketik semula untuk menyahaktifkan rombak.

    • Ulang album, senarai main atau seluruh baris gilir: Ketik butang Ulang.

      Nota: Apabila berbilang lagu berulang, anda boleh melihat bilangan lagu yang akan diulang—hanya skrol ke bahagian bawah baris gilir.

    • Ulang satu lagu: Dwiketik butang Ulang.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.