Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Layari web menggunakan Safari pada iPhone

Anda boleh melayari web, melihat tapak web, mempratonton pautan tapak web, menterjemahkan halaman web dan menambahkan semula app Safari ke Skrin Utama anda jika ia dikeluarkan. Daftar masuk ke iCloud dengan Akaun Apple yang sama pada berbilang peranti untuk memastikan tab terbuka anda, penanda buku, sejarah dan Senarai Bacaan dikemas kini merentas semua peranti anda.

Tapak web dibuka dalam Safari, dengan tataletak tab Padat. Di bahagian bawah, dari kiri ke kanan ialah butang Balik, butang menu Halaman, medan carian, butang Muat Semula dan butang Lagi.

Pergi ke halaman web

  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Masukkan nama atau alamat web (URL) halaman web dalam medan carian.

Lihat tapak web dengan Safari

  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Kembali ke bahagian atas: Dwiketik pinggir atas skrin untuk kembali dengan cepat ke bahagian atas halaman yang panjang.

    • Lihat lebih pada halaman: Putar iPhone ke orientasi landskap.

    • Segar semula halaman: Tarik ke bawah dari bahagian atas halaman.

    • Kongsi pautan: Di bahagian bawah halaman, ketik butang Lagi, kemudian ketik Kongsi.

      Jika tataletak Tab anda ialah Bawah atau Atas, ketik butang Tab. Lihat Tukar tataletak dalam Safari.

Pratonton pautan tapak web

  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Sentuh dan tahan pautan dalam Safari untuk melihat pratonton pautan tanpa membuka halaman.

    Untuk membuka pautan, ketik pratonton, atau pilih Buka.

Untuk menutup pratonton dan kekal pada halaman semasa, ketik di mana-mana di luar pratonton.

Pratonton tapak web diikuti oleh senarai tindakan yang boleh: Buka, Buka dalam Tab Baharu, Buka dalam Kumpulan Tab, Muat Turun Fail Dipautkan dan Tambah ke Senarai Bacaan.

Terjemahkan halaman web atau imej

Apabila anda melihat halaman web atau imej dalam bahasa lain, anda boleh menggunakan Safari untuk menterjemahkan teks (tidak tersedia dalam semua bahasa atau rantau).

  1. Pergi ke app Safari pada iPhone anda.

  2. Ketik butang Menu Halaman, kemudian ketik Terjemah kepada [bahasa] (jika terjemahan tersedia).

Tambah Safari ke Skrin Utama anda semula

Jika anda tidak melihat Safari pada Skrin Utama, anda boleh mencarinya dalam Pustaka App dan menambahnya semula.

  1. Pada Skrin Utama, leret kiri sehingga anda melihat Pustaka App.

  2. Masukkan “Safari” dalam medan carian.

  3. Sentuh dan tahan ikon app Safari, kemudian ketik Tambah ke Skrin Utama.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.