Simpan dan namakan pembentangan Keynote pada iPhone

Keynote menyimpan pembentangan anda secara automatik semasa anda bekerja dan memberinya nama lalai. Pada bila-bila masa, anda boleh menamakan semula pembentangan atau mencipta salinannya dengan nama lain.

Namakan semula pembentangan

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan yang anda mahu nama semula.

  3. Ketik butang Lagi dalam bar alat, ketik Pilihan Pembentangan, kemudian ketik Namakan Semula.

  4. Masukkan nama baharu, kemudian ketik butang Selesai pada papan kekunci.

    Untuk memadamkan nama semasa dengan cepat, ketik butang Kosongkan Teks dalam medan teks.

Simpan salinan pembentangan

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Jika pembentangan sudah dibuka, ketik butang Balik di penjuru kiri atas untuk melihat semua pembentangan anda.

  3. Sentuh dan tahan imej kecil pembentangan, angkat jari anda, kemudian ketik Duplikasi.

    Duplikasi kelihatan dengan nombor ditambah pada namanya.

Jika anda tidak nampak pembentangan yang anda mahu salin, cuba carinya atau ketik Layari, Dikongsi atau Terbaru di bahagian bawah skrin. Lihat Cari pembentangan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.