Tukar tema Keynote pada iPhone

Anda boleh menukar tema pembentangan pada bila-bila masa. Slaid tersedia anda menerima atribut dari tema baharu, termasuk gaya objek, gaya tajuk dan banyak lagi. Jika anda menyesuaikan apa-apa dalam slaid anda—contohnya, jika anda menukar latar belakang slaid atau warna teks—anda mengekalkan perubahan tersebut.

Nota: Anda tidak boleh menukar tema pembentangan yang anda kongsikan dengan orang lain.

Tukar tema pembentangan

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan.

  3. Ketik butang Lagi dalam bar alat, ketik Pilihan Pembentangan, kemudian ketik Persediaan Pembentangan.

  4. Ketik tema atau leret ke kiri pada imej kecil untuk melihat lebih banyak tema.

    Ketik butang Slaid Sebelumnya atau butang Slaid Seterusnya untuk pratonton pembentangan dalam tema baharu.

  5. Ketik Selesai.

Sesetengah tema tidak dimuat turun ke peranti anda sehingga anda memilihnya atau membuka pembentangan yang menggunakan tema. Jika sambungan anda perlahan atau anda di luar talian semasa perkara ini berlaku, imej ruang letak dan latar belakang slaid dalam pembentangan mungkin kelihatan pada resolusi yang lebih rendah sehingga anda berada dalam talian semula atau tema selesai memuat turun.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.