Tambah jidar ke slaid dalam Keynote pada iPhone

Untuk menambah jidar—seperti garisan padu atau garisan bertitik—di sekeliling slaid, anda perlu menambah dahulu bentuk segi empat pada slaid, kemudian tukar atribut bentuk agar ia menyerupai jidar. Contohnya, anda boleh menukar saiz bentuk, menetapkannya tanpa isian (berbanding isian warna) agar ia tidak melindungi objek lain pada slaid dan sebagainya.

Jika anda mahu beberapa slaid untuk menggunakan jidar yang sama, cipta tataletak slaid yang mengandungi jidar.

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan.

  3. Ketik butang Hab Kandungan dalam bar alat, kemudian ketik butang Bentuk.

  4. Dalam kategori Asas, ketik segi empat atau segi empat bucu bulat untuk menambahnya.

  5. Seret titik biru yang kelihatan di sekeliling bentuk sehingga pinggir luar bentuk mencipta saiz jidar yang anda mahukan.

  6. Ketik butang Format, kemudian ketik Gaya.

  7. Ketik Isian, ketik Praset, kemudian leret ke kiri dan ketik Tanpa Isi.

    Kawalan Isian dengan Tanpa Isi dipilih.

    Jika anda mahu kawasan berjidar mempunyai warna latar belakang, ketik pilihan isian. Anda boleh membuatkan objek lebih lutsinar supaya ia tidak menyembunyikan objek lain pada slaid.

  8. Ketik  butang Balik untuk kembali ke tab Gaya.

  9. Ketik untuk mengaktifkan Jidar.

  10. Untuk memilih gaya, warna dan ketebalan jidar, gunakan kawalan yang kelihatan.

    Kawalan penyesuaian gaya Jidar.
  11. Untuk menukar kelutsinaran, seret gelangsar Kelegapan (di bahagian bawah kawalan).

    Jika bentuk diisi dengan warna, kelutsinarannya juga berubah.

  12. Untuk mengalihkan jidar di belakang semua objek pada slaid, ketik Susun, kemudian seret gelangsar sepenuhnya ke hujung kiri.

  13. Untuk mengunci jidar supaya ia tidak digerakkan secara tidak sengaja, ketik Susun (di bahagian atas kawalan), kemudian ketik Kunci.

    Kawalan Susun dalam menu Format dengan butang Kunci aktif.
  14. Apabila anda selesai, ketik di mana-mana tempat pada slaid untuk menutup kawalan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.