Tukar rupa teks jadual dalam Keynote pada iPhone

Anda boleh menukar rupa teks untuk keseluruhan jadual atau hanya sel jadual tertentu.

Tukar rupa semua teks jadual

Anda boleh mengesetkan fon dan gaya fon untuk keseluruhan jadual. Anda juga boleh meningkatkan atau mengurangkan saiz fon mengikut perkadaran untuk semua teks dalam jadual. Jika anda menjadikan teks lebih besar atau lebih kecil, semua teks meningkat atau berkurang pada peratusan yang sama.

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan dengan jadual, ketik jadual, kemudian ketik butang Format.

  3. Ketik Jadual, kemudian ketik Fon Jadual.

    Jika anda tidak melihat Fon Jadual, leret ke atas dari bawah kawalan.

  4. Ketik nama fon untuk menggunakannya.

  5. Untuk menggunakan gaya aksara yang berbeza (contohnya, tebal atau italik), ketik butang Info Lanjut bersebelahan nama fon, kemudian ketik gaya aksara.

    Jika anda tidak nampak gaya aksara tertentu, ia tidak tersedia untuk fon.

  6. Untuk menukar saiz fon, ketik butang Boleh Laras.

    Teks disaizkan semula dengan serta merta, untuk anda melihat saiz yang paling tepat.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang menggunakan kawalan fon, lihat Tukar rupa teks.

Tukar rupa teks dalam sel yang dipilih

Anda boleh menukar fon, warna, saiz dan atribut lain bagi teks dalam sel jadual.

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan dengan jadual, pilih sel yang mengandungi teks yang anda mahu tukar, kemudian ketik butang Format.

  3. Ketik Sel, kemudian ketik kawalan untuk pilih gaya fon (tebal, italik, bergaris bawah atau garis potong), saiz, warna, penjajaran dan sebagainya.

Nota: Untuk melihat pilihan pemformatan lanjutan—subskrip, superskrip, semua huruf besar, ligatur dan seterusnya—untuk sel tertentu, dwiketik sel, ketik butang Format, ketik Sel, kemudian ketik butang Lebih Banyak Pilihan Teks di bawah nama fon.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.