Setkan nama pengarang anda untuk komen dalam Keynote pada iPhone

Nama pengarang kelihatan di penjuru kiri sebelah atas komen. Anda boleh menukar nama pada bila-bila masa.

Setkan nama pengarang untuk komen

  1. Ketik butang Lagi, ketik Seting, kemudian ketik Nama Pengarang.

  2. Taipkan nama, kemudian ketik Selesai pada papan kekunci.

    Sebarang komen yang anda buat sebelumnya ditukar untuk menunjukkan nama baharu dan komen yang anda lakukan pada pembentangan lain juga dikemas kini.

    Nama pengarang baharu juga menjadi nama pengarang lalai untuk pembentangan Keynote baharu dan menggantikan nama pengarang dalam semua pembentangan anda yang lain.

Nama tidak diperlukan untuk pembentangan yang dikongsi dengan orang lain. Untuk pembentangan dikongsi, nama yang kelihatan dalam komen dan dalam senarai peserta ialah nama yang anda gunakan dengan Akaun Apple anda. Untuk menukar nama (tanpa menukar Akaun Apple anda), lawati halaman web Akaun Apple. Selepas anda mendaftar masuk, ketik Edit di sebelah kanan maklumat akaun anda, kemudian buat perubahan anda dan ketik Selesai.

Penting: Jika anda menukar nama yang digunakan dengan Akaun Apple anda, ia kelihatan dalam semua app dan lokasi lain yang anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.

Jika anda berhenti berkongsi pembentangan, nama pengarang dalam komen berubah kembali ke nama pengarang disetkan dalam Keynote.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.