Alihkan, saiz semula dan putar carta dalam Keynote pada iPhone

Alihkan carta

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian ketik carta.

  3. Seret dari tengah untuk mengalihkan carta (jangan seret titik biru pada jidar).

    Semasa anda menyeret, panduan penjajaran kuning membantu anda menempatkan carta secara relatif kepada objek lain pada slaid.

Jika anda tidak melihat panduan penjajaran, anda boleh mengaktifkannya. Ketik butang Lagi, ketik Seting, kemudian aktifkan panduan yang anda mahu (contohnya, Panduan Pinggir atau Panduan Tengah).

Saiz semula carta

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian ketik carta.

  3. Seret mana-mana titik biru pada jidar carta untuk menjadikan carta lebih besar atau lebih kecil.

Putarkan carta 3D, radar, pai, atau donat

Anda boleh memutarkan carta 3D, radar, pai, atau donat untuk melaraskan sudut dan orientasi carta. Anda mungkin perlu menekankan sesetengah data, contohnya, dengan menempatkan data tertentu di bahagian atas atau bawah carta.

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Putar carta 3D: Ketik carta, kemudian seret kawalan Putaran.

    • Putarkan carta pai, donat, atau radar: Ketik carta, ketik butang Format, ketik Carta, kemudian ketik Sudut Putaran. Seret roda, atau ketik sudut dan masukkan nilai darjah untuk menentukan sudut yang anda mahu memutar carta.

Jika carta 3D tidak mempunyai kawalan putaran, carta itu mungkin dikunci. Untuk memutarkan carta, anda perlu buka kuncinya terlebih dahulu.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.