Langkau atau nyahlangkau slaid dalam Keynote pada iPhone

Jika anda tidak mahu slaid dimainkan semasa pembentangan, anda boleh melangkauinya. Melangkau adalah berguna, contohnya, jika anda mahu mengekalkan dua versi slaid tetapi anda hanya mahu menunjukkan salah satu daripadanya. Anda boleh memilih dan mengedit slaid dilangkau sama seperti slaid lain. Jika anda memilih untuk menunjukkan slaid dilangkau, slaid kelihatan sebagai bar mendatar dalam penavigasi slaid dan sebagai imej kecil dimalapkan dalam paparan jadual ringkas.

Nota: Apabila anda melangkau slaid pertama dalam himpunan yang diruntuhkan, keseluruhan himpunan dilangkau apabila anda memainkan pembentangan.

Jika kemudian anda mahu slaid kelihatan apabila anda memainkan pembentangan, anda boleh nyahlangkau ia.

Penavigasi slaid dengan slaid dilangkau ditunjukkan sebagai garis mendatar.
  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Dalam penavigasi slaid: Ketik slaid untuk memilihnya, ketiknya sekali lagi, kemudian ketik Langkau Slaid atau Nyahlangkau Slaid.

      Jika anda tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.

      Anda mungkin perlu ketik butang Tunjukkan Lagi Item atau putarkan iPhone anda untuk melihat Langkau Slaid atau Nyahlangkau Slaid.

    • Dalam paparan jadual ringkas: Ketik untuk memilih slaid atau pilih berbilang slaid, kemudian ketik butang Langkau atau butang Nyahlangkau di bahagian bawah skrin.

    • Dalam paparan rangka: Ketik baris atas slaid dalam rangka teks, ketik pemegang seret, kemudian ketik Langkau Slaid atau Nyahlangkau Slaid.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.