Tunjukkan atau sembunyikan nombor slaid dalam Keynote pada iPhone

Anda boleh tunjukkan atau sembunyikan nombor slaid pada sebarang slaid. Nombor slaid kelihatan di bahagian bawah slaid dan dikemas kini apabila anda mengubah tertib slaid. Slaid yang dilangkau tidak bernombor.

Pada semua slaid

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan.

  3. Ketik butang Lagi dalam bar alat, ketik Pilihan Pembentangan, kemudian pilih Tunjukkan Nombor Slaid.

Pada slaid dipilih

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan.

  3. Pilih slaid yang anda mahu tunjukkan atau sembunyikan nombor slaid, kemudian ketik butang Format.

    Jika anda dalam paparan slaid dan tidak nampak penavigasi slaid, cubit tutup pada slaid untuk zum keluar.

  4. Aktifkan atau nyahaktifkan Nombor Slaid.

Anda boleh menukar lokasi dan format nombor slaid dengan mengedit tataletak slaid.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.