Tukar jenis carta dalam Keynote pada iPhone

Anda boleh menukar jenis carta—contohnya daripada carta lajur kepada carta bar atau daripada carta 2D kepada carta 3D.

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, ketik carta untuk memilihnya, kemudian ketik butang Format.

  3. Ketik Carta.

  4. Ketik Jenis Carta, kemudian ketik jenis carta yang anda mahu gunakan.

    Skrol untuk melihat lebih banyak jenis carta.

    Petua Kebolehcapaian: Gunakan seting Tajuk dalam rotor VoiceOver untuk melompat ke carta 2D, 3D, atau Interaktif dalam pop atas Jenis Carta dengan cepat.

Jika anda tidak boleh mengedit carta, anda mungkin perlu membuka kuncinya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.