Bersihkan slaid pada iPhone

Jika anda melanggan Apple Creator Studio, anda boleh menggunakan Pembersihan Slaid untuk membetulkan penjajaran objek dan ketidakkonsistenan lain pada slaid secara automatik.

Tersedia dengan langganan: Ciri ini memerlukan langganan Apple Creator Studio. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat halaman web Apple Creator Studio dan artikel Sokongan Apple Perihal Apple Creator Studio.

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:

    • Ketik ruang kosong pada slaid, kemudian ketik Bersihkan Slaid.

    • Ketik slaid yang anda mahu edit dalam penavigasi slaid dua kali, ketik butang Lihat Pilihan Lanjut, kemudian ketik Bersihkan Slaid.

    • Navigasi ke slaid yang anda mahu edit, ketik butang Lagi dalam bar alat, kemudian ketik Bersihkan Slaid.

Nota: Slaid dengan banyak objek tidak tersedia untuk pembetulan pada masa ini, kerana ciri ini masih dalam beta.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.