Cipta GIF beranimasi dalam Keynote pada iPhone

Anda boleh cipta GIF beranimasi daripada slaid dalam pembentangan anda, kemudian kongsinya dalam mesej atau e-mel, atau siarkannya pada tapak web.

Cipta GIF

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian ketik butang Lagi.

  3. Ketik Eksport, kemudian ketik GIF Beranimasi.

  4. Ketik butang resolusi (Kecil, Sederhana, Besar, atau XL).

  5. Ketik Julat Slaid, gunakan roda nombor untuk mengesetkan nombor slaid permulaan dan pengakhiran, kemudian ketik Balik.

  6. Ketik Kadar Bingkai, ketik pilihan (lebih kecil nombor, lebih perlahan animasi), kemudian ketik Balik.

  7. Seret gelangsar Maju auto untuk mengesetkan kelajuan animasi yang anda mahukan selepas satu ketik.

  8. Ketik Eksport.

  9. Ketik Kongsi.

Jika latar belakang slaid menggunakan Tanpa Isian atau mempunyai kelutsinaran, anda boleh memilih pilihan untuk menggunakan latar belakang lutsinar untuk GIF beranimasi anda.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.