Formatkan teks kepada lajur dalam Keynote pada iPhone

Anda boleh memformatkan teks dalam kotak teks kepada dua atau lebih lajur di mana teks dan grafik tersusun secara automatik dari satu lajur ke lajur yang lain.

Formatkan lajur teks

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian ketik bentuk atau kotak teks, atau pilih teks.

  3. Ketik butang Format, kemudian ketik Teks.

  4. Ketik Lajur, kemudian lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Tukar bilangan lajur: Ketik butang Boleh Laras, atau ketik bilangan lajur dan masukkan nilai baharu.

    • Setkan lebar lajur: Untuk menggunakan lebar yang sama untuk semua lajur, aktifkan Lebar Lajur Sama Rata. Untuk mengesetkan lebar lajur berlainan, nyahaktifkan pilihan ini, kemudian ketik butang Boleh Laras di bahagian bawah setiap nombor lajur dalam bahagian Saiz Lajur, atau ketik lebar lajur dan masukkan nilai baharu.

    • Setkan ruang antara lajur: Ketik butang Boleh Laras di sebelah Sela, atau ketik lebar sela dan masukkan nilai baharu. Jika anda mempunyai lebih daripada dua lajur, anda boleh melaraskan lebar sela antara setiap lajur.

Paksa teks ke bahagian atas lajur seterusnya

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, kemudian ketik tempat anda mahu lajur sebelumnya tamat.

  3. Ketik Masukkan, kemudian ketik Pemisah Lajur.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.