Setkan hentian tab dalam Keynote pada iPhone

Anda boleh mengesetkan hentian tab untuk menjajarkan teks ke kiri, kanan, tengah, atau pada titik desimal. Apabila anda memasukkan tab, titik sisipan dan sebarang teks di sebelah kanannya beralih ke hentian tab seterusnya dan teks yang anda masukkan bermula pada titik tersebut.

Masukkan tab dalam teks

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan, ketik teks untuk meletakkan titik sisipan di tempat anda ingin memasukkan hentian tab, kemudian ketik sekali lagi.

  3. Ketik butang Maju, ketik Masukkan, kemudian ketik Tab.

    Titik sisipan beralih ke hentian tab paling hampir. Mengetik Tab sekali lagi beralih ke hentian tab seterusnya dan seterusnya.

Untuk mendapatkan maklumat tentang memasukkan tab dalam sel jadual, lihat Tukar rupa teks jadual dalam Keynote pada iPhone.

Untuk membuat asal pemasukan tab dengan segera, ketik butang Buat Asal.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.