Tunjukkan, sembunyikan, atau edit tajuk jadual dalam Keynote pada iPhone

Apabila anda menambah jadual, nama ruang letaknya (contohnya, Jadual 1), disembunyikan secara lalai. Anda boleh menunjukkan nama dan mengeditnya. Jadual dalam pembentangan tidak boleh mempunyai nama yang sama.

Tunjukkan atau sembunyikan tajuk jadual

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan dengan jadual, ketik jadual, kemudian ketik butang Format.

  3. Ketik Jadual, kemudian ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan Tajuk Jadual.

Edit tajuk jadual

  1. Pergi ke app Keynote pada iPhone anda.

  2. Buka pembentangan dengan jadual, kemudian dwiketik tajuk jadual di bahagian atas jadual.

    Titik sisipan kelihatan dalam nama.

  3. Seret titik sisipan ke tempat yang anda mahu edit, kemudian buat perubahan anda.

Petua: Anda boleh mengurung tajuk jadual dalam jidar. Ketik jadual, kemudian ketik tajuk jadual supaya kotak kelihatan di sekelilingnya. Ketik butang Format, kemudian aktifkan Jidar.

Untuk menambahkan kapsyen atau label, lihat Tambahkan kapsyen atau tajuk ke objek.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.