Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Reset Apple TV 4K

Jika anda mengalami masalah dan Apple TV 4K masih tidak membalas selepas dimulakan semula, cuba reset Apple TV 4K ke seting kilangnya. Apabila anda mereset Apple TV 4K, semua data dipadamkan, termasuk akaun dan konfigurasi anda.

Anda juga boleh mereset Apple TV 4K anda dan mengemas kini perisiannya pada masa yang sama.

Reset Apple TV 4K

  1. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  2. Pergi ke Sistem > Reset, kemudian pilih Reset.

    Mereset Apple TV 4K dan memulihkannya ke seting kilang boleh mengambil sedikit masa. Jika Apple TV 4K masih tidak membalas, lakukan salah satu yang berikut:

    • Jika anda mempunyai Apple TV 4K: Hubungi Sokongan Apple TV.

    • Jika anda mempunyai Apple TV HD dan Mac dengan macOS Catalina atau lebih baharu: Putuskan sambungan kabel HDMI daripada Apple TV 4K, tetapi biarkan kuasa disambungkan. Sambungkan satu hujung kabel USB-C (dijual berasingan) ke Apple TV dan hujung yang lain ke komputer Mac anda. Buka Finder pada Mac anda, pilih Apple TV 4K dalam bar sisi, kemudian pilih Pulihkan. Jika langkah ini tidak berhasil, hubungi Sokongan Apple TV.

    • Jika anda mempunyai Apple TV HD dan PC dengan iTunes atau Mac dengan macOS Mojave atau lebih awal: Putuskan sambungan kabel HDMI daripada Apple TV 4K, tetapi biarkan kuasa disambungkan. Sambungkan satu hujung kabel USB-C (dijual berasingan) ke Apple TV dan hujung yang lain ke komputer anda. Buka iTunes pada komputer anda, pilih Apple TV 4K dalam senarai Sumber, kemudian pilih Pulihkan. Jika langkah ini tidak berhasil, hubungi Sokongan Apple TV.

Reset Apple TV 4K dan kemas kini perisian

  1. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  2. Pergi ke Sistem > Reset, kemudian pilih Reset dan Kemas Kini.

    Memilih pilihan ini akan memulihkan Apple TV 4K anda ke seting kilangnya, memadamkan semua seting dan maklumat serta mengemas kini ke versi tvOS terkini.

Anda boleh menggunakan iPhone atau iPad anda untuk menyediakan Apple TV 4K bagi pemulihan yang lebih pantas. Lihat artikel Sokongan Apple Jika TV anda menunjukkan iPhone di sebelah Apple TV.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.