Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Urus pengesyoran muzik pada Apple TV 4K

Pengesyoran dalam app Muzik dimaklumkan oleh sejarah pendengaran anda (yang anda boleh nyahaktifkan dalam Seting). Anda juga boleh mempengaruhi pengesyoran dengan butang Gemari dan Cadangkan Kurang.

Nota: Ciri ini memerlukan langganan Apple Music.

Gemari item untuk mendapatkan lebih muzik seperti ini

Apabila anda menandakan item sebagai kegemaran, muzik yang serupa akan disyorkan lebih kerap.

  1. Pergi ke app Muzik pada Apple TV 4K.

  2. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Navigasi ke lagu, album, senarai main atau video muzik, tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh, kemudian pilih Kegemaran.

    • Pergi ke profil artis, kemudian pilih butang Kegemaran di penjuru kanan atas.

    • Pilih album atau senarai main, pilih butang Lagi, kemudian pilih Kegemaran.

    • Navigasi ke skrin Kini Dimainkan, tunjukkan kawalan main balik, pilih butang Lagi, kemudian pilih Kegemaran.

Item yang anda tandakan sebagai Kegemaran kelihatan dalam app Muzik dengan bintang di sebelahnya. Anda juga boleh menapis item dalam kategori pustaka anda untuk hanya menunjukkan Kegemaran anda.

Cadangkan Kurang untuk mendapatkan kurang muzik seperti ini

Anda boleh memberitahu Apple Music yang anda mahu mendengar kurang daripada artis atau gaya tertentu.

  1. Pergi ke app Muzik pada Apple TV 4K.

  2. Navigasi ke lagu, album atau senarai main.

  3. Tekan dan tahan pad klik atau permukaan sentuh pada kawalan jauh anda untuk melihat lebih banyak pilihan.

  4. Pilih Cadangkan Kurang untuk mendengar kurang muzik seperti ini.

Anda juga boleh memilih Cadangkan Kurang daripada skrin Kini Dimainkan. Lihat Kawal main balik muzik dalam Kini Dimainkan.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.