Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

App Kecergasan sekilas pandang

Gunakan app Kecergasan pada Apple TV 4K untuk melakukan latihan Fitness+ kegemaran anda pada skrin besar.

App Kecergasan

Dalam app Kecergasan, anda boleh:

  • Langgan Apple Fitness+ untuk mendapatkan akses ke latihan kelas dunia dan meditasi dibimbing oleh jurulatih terkemuka dunia, dengan latihan baharu setiap minggu supaya anda boleh berlatih dengan cara dan di tempat yang anda mahukan.

  • Pergi ke skrin Untuk Anda untuk mendapatkan latihan dan meditasi yang disyorkan berdasarkan sejarah latihan anda, serta buat kemajuan pada pencapaian berterusan dan ganjaran anda.

  • Cari latihan baharu dengan melayari kategori, koleksi dan program berorientasi matlamat dalam skrin Teroka, atau cari latihan mengikut aktiviti, jurulatih, muzik dan banyak lagi.

  • Gabungkan latihan kegemaran anda dengan Tindanan, iaitu siri latihan atau meditasi yang anda boleh mainkan dalam jujukan.

  • Lihat dan urus Pelan Tersuai atau Dibuat Untuk Anda pada Apple TV, atau simpan latihan kegemaran anda ke pustaka anda.

  • Lihat metrik atas skrin masa nyata semasa latihan anda yang diselaraskan dengan Fitness+ merentas semua peranti anda. Apabila anda menyelesaikan latihan, data aktiviti harian anda diselaraskan ke app Kecergasan pada peranti lain yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.

  • Berlatih bersama dengan sehingga 32 orang kegemaran anda menggunakan Latihan Kumpulan, yang dikuasakan oleh SharePlay.

Untuk mendapatkan arahan yang lebih terperinci tentang menggunakan Kecergasan dengan iPhone, iPad dan Apple Watch, lihat Panduan Pengguna Apple Fitness+.

Nota: Apple Fitness+ memerlukan iOS 14.3 atau lebih baharu, iPadOS 14.3 atau lebih baharu, watchOS 7.2 atau lebih baharu dan tvOS 14.3 atau lebih baharu. Pemilik iPhone yang menggunakan iPhone 8 atau lebih baharu dengan iOS 16.1 atau lebih baharu boleh melanggan Apple Fitness+ tanpa Apple Watch dipasangkan. Latihan Kumpulan memerlukan watchOS 8.1 atau lebih baharu, iOS 15.1 atau lebih baharu, iPadOS 15.1 atau lebih baharu dan tvOS 15.1 atau lebih baharu.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.