Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Mulakan atau sertai panggilan FaceTime daripada Apple TV 4K anda

Anda boleh membuat panggilan FaceTime terus daripada Apple TV 4K menjawab panggilan audio atau video masuk.

Sebelum anda bermula

Pastikan iPhone atau iPad disediakan untuk menggunakan FaceTime.

  1. Pergi ke Seting pada iPhone atau iPad anda, ketik FaceTime, kemudian aktifkan FaceTime.

  2. Daftar masuk ke FaceTime dengan Akaun Apple anda, jika anda belum berbuat demikian.

Buat panggilan FaceTime daripada Apple TV 4K

  1. Pergi ke app FaceTime pada Apple TV 4K dan sambungkan iPhone atau iPad sebagai Kamera Kesinambungan jika anda belum melakukannya.

    Panggilan dan kenalan terbaharu daripada iPhone atau iPad yang disambungkan kelihatan dalam app FaceTime pada Apple TV 4K.

    Nota: Jika anda telah menyediakan iPhone sebagai Kamera Kesinambungan khusus, hanya Kegemaran tersedia dalam app FaceTime.

  2. Untuk memulakan panggilan, lakukan salah satu yang berikut:

    • Pilih penerima daripada senarai panggilan FaceTime terbaharu.

    • Pilih Baharu, pilih kenalan (atau lebih daripada satu kenalan untuk panggilan kumpulan), kemudian pilih Video FaceTime atau Audio FaceTime.

Jawab panggilan masuk FaceTime pada Apple TV 4K

  • Apabila pemberitahuan panggilan video atau audio FaceTime masuk kelihatan pada Apple TV 4K, tekan butang TV pada kawalan jauh, kemudian pilih Terima atau Tolak.

Petua: Untuk mengelakkan panggilan FaceTime yang tidak diingini dikaitkan dengan nombor telefon anda, buka Seting > FaceTime pada iPhone anda, kemudian nyahpilih nombor telefon anda dalam bahagian Anda Boleh Dihubungi Melalui FaceTime. Anda masih boleh menerima panggilan FaceTime yang dikaitkan dengan Akaun Apple anda.

Gunakan kawalan FaceTime semasa panggilan pada Apple TV 4K

Sebelum dan selepas panggilan, laraskan mana-mana kawalan berikut yang kelihatan atas skrin:

  • Bingkai Dipusatkan: Pilih butang Bingkai Dipusatkan untuk mengaktifkan Bingkai Dipusatkan, yang memastikan semua orang dalam bilik dibingkaikan dengan sempurna walaupun mereka bergerak di sekeliling.

  • Potret: Pilih butang Mod Potret untuk mengaktifkan mod Potret, yang fokus pada subjek dan mengaburkan imej latar belakang.

  • Reaksi: Pilih butang Reaksi untuk mengenal pasti gerak isyarat tangan yang menjana kesan atas skrin, seperti hati atau bunga api.

Semasa panggilan, anda boleh menunjukkan kawalan untuk melakukan mana-mana yang berikut:

  • Tambah lebih ramai orang ke panggilan: Pilih butang Lagi, pilih Tambah Orang, pilih satu atau lebih kenalan daripada senarai kenalan anda, kemudian pilih “Tambah orang”.

  • Aktifkan Kapsyen Langsung: Pilih butang Lagi, kemudian pilih Kapsyen Langsung.

    Untuk mengaktifkan Kapsyen Langsung secara lalai, lihat Aktifkan Kapsyen Langsung dalam FaceTime pada Apple TV 4K.

    Nota: Kapsyen Langsung tersedia dalam bahasa berikut: Bahasa Cina/Mandarin, Kantonis, Inggeris (Australia), Inggeris (British), Inggeris (India), Inggeris (Singapura), Perancis (Perancis), Perancis (Kanada), Jerman, Jepun, Korea, Sepanyol (Mexico) & Sepanyol (AS). Ketepatan Kapsyen Langsung mungkin berbeza-beza dan tidak sepatutnya digunakan dalam situasi berisiko tinggi atau kecemasan.

    Secara lalai, Kapsyen Langsung kelihatan di bahagian tengah bawah skrin. Untuk mengembangkan paparan kapsyen ke ruangnya sendiri di sebelah kiri skrin, serlahkan kapsyen, kemudian pilih butang Kembangkan. Untuk mengurangkan paparan kapsyen, pilih butang Keluarkan.

  • Mulakan SharePlay: Pilih butang Lagi, kemudian pilih SharePlay butang SharePlay dan pilih app yang anda mahu gunakan untuk SharePlay. Lihat Tonton bersama menggunakan SharePlay pada Apple TV 4K.

  • Senyapkan mikrofon: Pilih butang Senyap.

  • Aktifkan atau nyahaktifkan kamera: Pilih butang Kamera.

  • Tamatkan panggilan: Pilih butang Tamat.

Petua: Semasa anda dalam panggilan FaceTime, penunjuk FaceTime kelihatan dalam Pusat Kawalan. Anda boleh mengakses kawalan FaceTime dengan menekan dan menahan butang TV untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian menavigasi ke tab FaceTime.

Gunakan Apple TV 4K semasa dalam panggilan FaceTime

Anda boleh terus menggunakan Apple TV 4K semasa dalam panggilan FaceTime. Contohnya, anda boleh kembali ke Skrin Utama, kemudian mula menonton sukan, filem atau rancangan TV dan melaraskan tataletak untuk melihat panggilan FaceTime dan kandungan yang anda sedang tonton.

  1. Mulakan panggilan FaceTime atau jawab panggilan FaceTime masuk pada Apple TV 4K.

  2. Semasa panggilan, tekan butang Balik atau butang Menu pada kawalan jauh anda untuk pergi ke Skrin Utama.

    Panggilan FaceTime kelihatan dalam tetingkap yang lebih kecil semasa anda menavigasi Skrin Utama atau app lain pada Apple TV 4K.

  3. Untuk melihat lebih banyak pilihan paparan, tekan butang TV pada kawalan jauh, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Tukar tataletak: Pilih butang Tataletak, kemudian pilih Gambar dalam Gambar, Split View, Skrin Penuh, atau Alih.

    • Sembunyikan panggilan FaceTime: Pilih butang Sembunyi. Untuk menunjukkan panggilan FaceTime lagi, tekan butang TV pada kawalan jauh.

    • Tamatkan panggilan: Pilih butang Tamat.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.