Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Alami Audio Ruang pada Apple TV 4K

Semasa anda menggunakan AirPods atau fon kepala Beats dengan Apple TV 4K, anda boleh mengaktifkan Audio Ruang untuk mendengar dalam persekitaran seperti teater yang imersif dengan bunyi yang mengelilingi anda.

Nota: Audio Ruang memerlukan AirPods 3, AirPods 4, AirPods Pro, AirPods Max, Beats Fit Pro, Beats Studio Pro, atau Beats Solo 4 dan Apple TV 4K (lihat Apakah model Apple TV yang saya miliki?).

  1. Sambungkan AirPods atau fon kepala Beats anda ke Apple TV 4K.

  2. Semasa menonton filem atau rancangan TV atau mendengar muzik, tekan dan tahan butang TV untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian navigasi ke tab AirPods.

  3. Lakukan salah satu yang berikut:

    • Pilih Audio Ruang, kemudian pilih Kepala Dijejak, Tetap atau Tak Aktif.

      Audio ruang tetap mencipta bunyi imersif yang konsisten dalam AirPods atau Beats anda. Audio ruang kepala dijejak mengubah bunyi yang anda dengar berdasarkan pergerakan kepala anda, jadi bunyi sentiasa berbunyi seperti ia datang dari satu titik dalam ruang.

    • Pilih Jadikan Stereo Ruang untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan audio ruang diperibadikan.

      Audio ruang diperibadikan menggunakan imbasan tersuai geometri telinga anda untuk bunyi yang lebih baik. Untuk merasai ciri ini, anda perlu menyediakan profil Audio Ruang pada iPhone menggunakan Akaun Apple yang sama seperti profil pada Apple TV 4K. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat Kawal Audio Ruang dan penjejakan kepala dalam Panduan Pengguna AirPods.

  4. Selepas anda selesai membuat perubahan, tekan butang Balik atau butang Menu pada kawalan jauh anda.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.