Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kemas kini perisian Apple TV 4K

Anda akan melihat mesej pada Apple TV 4K apabila kemas kini perisian tersedia. Anda juga boleh menyemak kemas kini, atau mengesetkan Apple TV 4K untuk dikemas kini secara automatik.

Semak kemas kini

  1. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  2. Pergi ke Sistem > Kemas Kini Perisian dan pilih Kemas Kini Perisian.

    Jika kemas kini tersedia, mesej kelihatan.

  3. Pilih Muat Turun dan Pasang untuk mula memuat turun.

    Semasa proses kemas kini, jangan putuskan sambungan Apple TV 4K anda. Lampu status mungkin berdenyar secara perlahan semasa proses kemas kini.

Setkan kemas kini automatik

  1. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  2. Pergi ke Sistem > Kemas Kini Perisian dan pilih Kemas Kini Secara Automatik untuk menghidupkannya.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.