Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Pantau kamera dan jalankan suasana dalam tab Apple Home pada Apple TV 4K

Tab Apple Home kelihatan jika anda telah menyediakan kamera keselamatan serasi Apple Home atau Matter, atau mencipta suasana dalam app Rumah pada iPhone, iPad atau Mac (dengan macOS Catalina atau lebih baharu) yang anda mendaftar masuk dengan Akaun Apple yang sama.

Skrin Apple TV menunjukkan tab Apple Home.

Pantau dan kawal kamera Apple Home

Anda boleh melihat berbilang kamera pada masa yang sama, mengawal aksesori yang dipasangkan ke bilik yang anda sedang lihat, atau memantau video langsung anda semasa menonton perkara lain dalam mod Gambar dalam Gambar.

  1. Tekan dan tahan butang TV pada kawalan jauh Apple TV 4K anda untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian navigasi ke tab Apple Home.

  2. Leret ke bawah untuk menyerlahkan kamera anda, kemudian lakukan satu daripada berikut:

    • Pilih Semua Kamera untuk melihat paparan grid skrin penuh bagi semua kamera anda, kemudian pilih satu.

    • Navigasi ke kiri atau ke kanan ke kamera, kemudian pilihnya.

    Siri: Tekan dan tahan butang Siri/Cari pada kawalan jauh anda, kemudian sebut “Tunjukkan saya” diikuti dengan nama kamera dalam app Rumah. Sebagai contoh, sebut “Tunjukkan saya kamera laman depan”.

  3. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Kawal aksesori yang dipasangkan ke bilik yang anda sedang lihat: Pilih butang Aksesori, kemudian pilih aksesori untuk mengaktifkan atau menyahaktifkannya.

    • Lihat video langsung daripada berbilang kamera pada masa yang sama: Pilih butang Paparan Grid. Pilih kamera untuk paparan skrin penuh.

      Skrin Apple TV menunjukkan berbilang kamera daripada paparan Apple Home
    • Lihat video langsung daripada kamera dalam mod Gambar dalam Gambar: Pilih butang Gambar dalam Gambar. Lihat Aktifkan paparan Gambar dalam Gambar.

Petua: Anda boleh melihat video daripada kamera keselamatan disokong dan menerima pemberitahuan apabila kamera loceng pintu disokong mengesan seseorang di pintu anda. Anda mendapat pemberitahuan peribadi jika Apple Home mengecam orang tersebut daripada pustaka Foto anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang menyediakan kamera dalam app Rumah, lihat Panduan Pengguna iPhone.

Jalankan suasana Apple Home daripada Apple TV 4K

Suasana membolehkan anda mengawal berbilang aksesori di dalam rumah anda. Sebagai contoh, anda boleh mencipta suasana Menonton TV yang memalapkan lampu dan mengesetkan suhu.

  1. Tekan dan tahan butang TV pada kawalan jauh Apple TV 4K anda untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian navigasi ke tab Apple Home.

  2. Leret ke bawah, kemudian pilih suasana untuk produk serasi HomeKit yang selamat seperti kunci pintu, lampu, pintu atau tingkap bermotor, sistem keselamatan atau pintu garaj.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang mencipta suasana dalam app Rumah, lihat Panduan Pengguna iPhone.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.