Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Hidupkan atau matikan Apple TV 4K

Terdapat beberapa cara untuk menghidupkan atau mematikan Apple TV 4K.

Hidupkan Apple TV 4K

Pada kawalan jauh anda, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Tekan butang TV.

  • Tekan butang Balik atau butang Menu.

  • Tekan butang Kuasa (kawalan jauh perak sahaja).

Matikan Apple TV 4K

Pada kawalan jauh anda, lakukan mana-mana daripada yang berikut:

  • Tekan dan tahan butang TV untuk membuka Pusat Kawalan, kemudian pilih Matikan Kuasa dalam Pusat Kawalan.

  • Tekan dan tahan butang Kuasa (kawalan jauh perak sahaja).

Anda juga boleh mematikan Apple TV 4K dengan membuka Seting dan memilih Matikan.

Setkan tundaan sebelum Apple TV 4K dimatikan secara automatik

Apple TV 4K dimatikan secara automatik selepas tempoh tidak aktif praset. Anda boleh mengesetkan tempoh masa Apple TV 4K tunggu sebelum dimatikan.

  1. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  2. Pergi ke Umum > Tidur Selepas dan pilih pilihan.

Anda juga boleh mengesetkan pemasa tidur satu kali.

Penting: Menunda atau menghalang tidur mungkin meningkatkan penggunaan kuasa.

Jika TV atau penerima audio/visual anda menyokong HDMI-CEC, Apple TV 4K dihidupkan secara automatik apabila anda menghidupkan TV atau penerima anda, atau apabila anda memilih input HDMI dan dimatikan secara automatik apabila anda mematikan TV atau penerima anda. Anda juga boleh memprogramkan kawalan jauh yang anda gunakan untuk Apple TV 4K untuk menghidupkan atau mematikan TV atau penerima anda.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.