Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Kurangkan pergerakan skrin pada Apple TV 4K

Anda boleh menghentikan pergerakan ikon app, poster filem dan sesetengah elemen skrin lain pada Apple TV 4K.

  1. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  2. Pergi ke Kebolehcapaian > Pergerakan, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:

    • Aktifkan Kurangkan Pergerakan untuk mengurangkan jumlah pergerakan yang dipaparkan oleh Apple TV 4K semasa navigasi.

    • Aktifkan Malapkan Cahaya Berdenyar untuk memalapkan kandungan video yang menggambarkan cahaya berdenyar atau berkelip secara automatik.

      Apabila ciri ini didayakan, garis masa main balik menunjukkan apabila cahaya berdenyar berlaku untuk media disokong.

      Penting: Apple TV 4K anda menggunakan algoritma pada peranti untuk mengesan cahaya berdenyar atau berkelip yang terdapat dalam kandungan video disokong dan memalapkannya secara automatik pada TV anda pada masa nyata. Seting pergerakan tidak sepatutnya digunakan dalam keadaan yang boleh membahayakan atau mencederakan anda, dalam situasi berisiko tinggi, atau untuk rawatan sebarang keadaan perubatan.

    • Nyahaktifkan Pratonton Video Main Auto untuk menghalang pratonton video daripada dimainkan secara automatik dalam app yang disokong.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.