Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Gunakan AirPlay untuk strim audio dan video ke Apple TV 4K

Anda boleh menggunakan AirPlay untuk memainkan video atau audio daripada iPhone atau iPad anda pada Apple TV 4K, atau melihat skrin Mac, iPhone atau iPad anda pada Apple TV 4K.

Nota: Untuk strim kandungan daripada Mac, iPhone atau iPad ke Apple TV 4K, kedua-dua Apple TV 4K dan peranti dikongsi perlu disambungkan ke rangkaian yang sama.

Strim daripada iPhone atau iPad ke Apple TV 4K

Lakukan salah satu daripada berikut:

  • Cerminkan skrin iPhone atau iPad: Pada iPhone atau iPad, leret untuk membuka Pusat Kawalan, ketik butang Pencerminan Skrin, kemudian pilih Apple TV 4K dalam senarai peranti AirPlay. Untuk menamatkan pencerminan, pastikan Pusat Kawalan dibuka pada peranti anda, ketik butang Pencerminan Skrin, kemudian ketik Hentikan Pencerminan.

  • Strim video daripada iPhone atau iPad: Mula memainkan video pada iPhone atau iPad, ketik butang AirPlay dalam tetingkap video, kemudian pilih Apple TV 4K anda dalam senarai peranti AirPlay. Untuk menghentikan penstriman, ketik butang AirPlay di bahagian atas skrin, kemudian pilih Mainkan pada [iPhone atau iPad].

    Nota: Jika anda mempunyai Apple TV 4K dan iPhone atau iPad yang menyokong video 4K HDR, video anda daripada app Foto akan strim dalam resolusi 4K HDR penuh.

  • Strim audio daripada iPhone atau iPad: Pada iPhone atau iPad, leret untuk membuka Pusat Kawalan, ketik butang Kawalan Audio, pilih Apple TV 4K anda dalam senarai peranti, kemudian ketik butang Main/Jeda (jika audio belum dimainkan).

    Petua: Anda juga boleh mula menstrim terus daripada app Muzik pada iPhone atau iPad dengan mengetik butang Kawalan Audio, kemudian memilih Apple TV 4K anda dalam senarai peranti.

Untuk melihat peranti yang boleh menggunakan AirPlay untuk strim ke Apple TV 4K anda, pergi ke Seting pada Apple TV 4K, kemudian pergi ke Remote dan Peranti > App Remote dan Peranti. Untuk mengeluarkan peranti daripada senarai, pilih peranti, kemudian pilih Lupakan Peranti Ini.

Cerminkan skrin Mac pada Apple TV 4K

Pada Mac, lakukan salah satu yang berikut:

  • Pada Mac dengan macOS Big Sur atau lebih baharu, klik menu status Pusat Kawalan di bar menu untuk membuka Pusat Kawalan, klik butang Pencerminan Skrin, kemudian pilih Apple TV 4K yang anda mahu gunakan. Untuk menamatkan pencerminan skrin, klik menu status Pusat Kawalan untuk membuka Pusat Kawalan, klik butang Pencerminan Skrin, kemudian klik nama Apple TV 4K.

  • Pada Mac dengan macOS Catalina atau lebih awal, klik butang AirPlay dalam bar menu, kemudian pilih Apple TV 4K yang anda mahu gunakan. Untuk menamatkan pencerminan skrin, klik butang AirPlay dalam bar menu, kemudian pilih Nyahaktfikan AirPlay.

Strim audio daripada Mac ke Apple TV 4K

  • Pada Mac, klik ikon Bunyi dalam bar menu Mac, kemudian pilih nama Apple TV 4K.

Jika imej distrim kelihatan dipangkas pada Apple TV 4K, pergi ke Seting pada Apple TV 4K, pergi ke AirPlay dan Apple Home, dan pilih Kurang Imbas Paparan AirPlay untuk mengaktifkannya. Jika anda melihat bar hitam di sekeliling imej, nyahaktifkan seting ini.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.