Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Sediakan pengecaman suara pada Apple TV 4K

Siri pada Apple TV 4K boleh mengecam suara yang dikaitkan dengan Akaun Apple yang anda gunakan pada iPhone atau iPad anda.

Anda boleh menyediakan Cam Suara Saya untuk sehingga enam profil pada Apple TV 4K.

Sediakan Cam Suara Saya

  1. Pada iPhone atau iPad, lakukan salah satu yang berikut:

    • Sediakan pengecaman suara dalam app Rumah pada iPhone atau iPad. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Sediakan pengecaman suara dan Permintaan Peribadi dalam Panduan Pengguna HomePod.

    • Buka Seting> Siri (atau Apple Intelligence & Siri) > Cakap dengan Siri (atau Cakap & Taip kepada Siri), kemudian aktifkan “Siri” atau “Hai Siri”.

  2. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  3. Pergi ke Profil dan Akaun, kemudian pilih profil.

  4. Pastikan Cam Suara Saya diaktifkan.

Sediakan permintaan Siri menerusi AirPods

Jika anda memakai AirPods yang disambungkan ke Apple TV 4K, anda boleh mengakses Siri dengan menyebut “Hai Siri”, diikuti oleh permintaan anda.

Jika anda menggunakan AirPods Pro (generasi ke-2 atau lebih baharu), anda boleh menyebut “Hai Siri”, “Siri” atau kedua-duanya.

  1. Pergi ke Seting pada Apple TV 4K.

  2. Pergi ke Umum, navigasi ke bawah ke bahagian Siri, kemudian lakukan salah satu yang berikut:

    • AirPods Pro (generasi ke-2 atau lebih baharu) sahaja: Pilih Dengar pada AirPods, kemudian pilih “Siri” atau “Hai Siri” untuk kedua-dua pilihan, atau “Hai Siri”.

    • Semua model AirPods lain: Pilih Dengar untuk “Hai Siri” pada AirPods.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.