Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Cari dalam app Muzik pada Apple TV 4K

Pada skrin Cari dalam app Apple Music, anda boleh mencari lagu, artis atau album tertentu dalam Apple Music atau pustaka anda, atau anda boleh mencari sesuatu yang baharu dengan melayari kategori carian.

Terokai kategori

  1. Pergi ke app Muzik pada Apple TV 4K.

  2. Navigasi ke Cari di bahagian atas skrin.

  3. Navigasi ke bawah untuk melihat kategori berdasarkan genre, dekad, aktiviti seperti Fokus atau Tidur, atau ciri seperti Audio Ruang atau Apple Music Sing.

  4. Pilih kategori untuk meneroka muzik yang berkaitan dengan kategori tersebut.

  5. Tekan butang Balik atau butang Menu pada kawalan jauh anda untuk kembali ke skrin Cari.

Cari lagu, artis, atau album tertentu

  1. Pergi ke app Muzik pada Apple TV 4K.

  2. Navigasi ke Cari di bahagian atas skrin.

  3. Masukkan perkara yang anda cari (seperti tajuk lagu atau lirik).

    Petua: Apabila anda mahu mencari, hanya terangkan perkara yang anda cari menggunakan bahasa tabii seperti “lagu popular daripada filem” atau “lagu nostalgia daripada tahun 90-an.”

  4. Lakukan mana-mana daripada berikut:

    • Navigasi ke bawah untuk istilah carian yang dicadangkan, kemudian pilihnya untuk mencari istilah tersebut.

    • Navigasi ke bawah ke bahagian Hasil Teratas, kemudian pilih item untuk memainkannya atau melihat maklumat lanjut.

    • Untuk mengehadkan carian anda ke item dalam pustaka anda, navigasi ke Pustaka Anda di bawah papan kekunci atas skrin.

Siri: Tekan dan tahan butang Siri/Cari pada kawalan jauh anda, kemudian minta Siri untuk memainkan lagu, album, artis, atau genre tertentu.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.