Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Navigasi Apple TV 4K

Gunakan kawalan jauh untuk menavigasi ke dan memilih item pada skrin TV anda, lihat pilihan lanjut, skrol menerusi senarai dan banyak lagi.

Navigasi ke app dan item

Untuk bergerak pada Apple TV 4K dan menyerlahkan app atau item, lakukan satu daripada berikut pada kawalan jauh anda:

  • Tekan atas, bawah, kiri atau kanan pada gelung pad klik, atau ketik ke atas, bawah, kiri atau kanan pada permukaan sentuh.

  • Leret secara menegak atau melintang pada pad klik atau permukaan sentuh.

Ilustrasi menunjukkan menekan dan meleret pada pad klik
Ilustrasi menunjukkan mengetik dan meleret pada permukaan sentuh

App atau item yang diserlahkan dikembangkan sedikit.

App diserlahkan pada Skrin Utama

Petua: Apabila anda menyerlahkan app tertentu dalam baris teratas Skrin Utama, pratonton kandungannya bermain di latar belakang. Leret ke atas untuk melihat pratonton dalam skrin penuh dan lihat lebih pilihan; tekan butang Balik atau butang Menu untuk kembali ke Skrin Utama.

Untuk menyesuaikan baris atas Skrin Utama anda, lihat Susun semula app pada Skrin Utama Apple TV 4K.

Pilih app atau item

  • Gunakan kawalan jauh untuk menavigasi ke app atau item, kemudian tekan butang tengah pad klik atau permukaan sentuh.

Ilustrasi menunjukkan menekan butang tengah pad klik
Ilustrasi menunjukkan menekan permukaan sentuh

Pilih app untuk membukanya. Pilih filem, rancangan TV, lagu atau podcast untuk mula memainkannya.

Lihat lebih pilihan

Apabila app tertentu atau item atas skrin diserlahkan, anda boleh membuka menu timbul dengan lebih banyak pilihan.

  • Gunakan kawalan jauh anda untuk menavigasi ke item, kemudian tekan dan tahan bahagian tengah pad klik atau permukaan sentuh.

Ilustrasi menunjukkan menekan dan menahan bahagian tengah pad klik
Ilustrasi menunjukkan menekan dan menahan bahagian tengah permukaan sentuh

Tekan dan tahan app untuk menukar tertib app pada Skrin Utama. Tekan dan tahan filem, rancangan TV, lagu atau podcast untuk melihat menu timbul pilihan tambahan.

Skrol senarai

Untuk skrol senarai, lakukan mana-mana daripada yang berikut pada kawalan jauh anda:

  • Leret secara menegak atau melintang pada pad klik atau permukaan sentuh.

  • Tekan dan tahan atas, bawah, kiri atau kanan pada gelung pad klik untuk menskrol dengan laju (kawalan jauh perak sahaja).

  • Pusingkan jari anda di sekeliling gelung pad klik untuk kawalan yang lebih tepat (kawalan jauh perak sahaja).

Ilustrasi menunjukkan mengelilingi gelung pad klik kawalan jauh (generasi ke-2 atau lebih baharu) untuk skrol atas atau bawah
Ilustrasi menunjukkan menskrol menggunakan permukaan sentuh pada kawalan jauh (generasi pertama)

Pergi ke skrin sebelumnya atau Skrin Utama

Lakukan satu daripada berikut pada kawalan jauh anda:

  • Tekan butang Balik atau butang Menu untuk pergi ke skrin sebelumnya.

  • Tekan dan tahan butang Balik atau butang Menu untuk pergi ke Skrin Utama.

Pergi ke app TV

Untuk mengesetkan butang TV pergi ke Skrin Utama, pergi ke Seting pada Apple TV 4K, pergi ke Remote dan Peranti, kemudian pilih butang TV untuk mengesetkannya ke Skrin Utama.

Bukan semua ciri dan kandungan tersedia di semua negara atau rantau atau pada semua model perkakasan Apple TV.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.