Sediakan iCloud untuk app pihak ketiga pada semua peranti anda

Anda boleh menggunakan iCloud dengan app pihak ketiga pada iPhone, iPad dan Mac anda. Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang perkara yang boleh anda lakukan dengan iCloud, lihat Pastikan data app pihak ketiga terkini pada semua peranti Apple anda dengan iCloud.

Nota: Pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple yang sama pada setiap peranti. Jika anda tidak mendaftar masuk ke Akaun Apple anda pada peranti, atau peranti menyaktifkan ciri iCloud app, data app anda tidak akan dikemas kini pada peranti.

Sediakan iCloud untuk app pihak ketiga pada iPhone atau iPad anda

  1. Pada iPhone atau iPad anda, pergi ke Seting > [nama anda].

  2. Ketik iCloud, kemudian ketik Lihat Semua (atau Tunjukkan Semua).

  3. Skrol ke bawah, kemudian aktifkan app. Untuk sesetengah app, anda perlu mengaktifkan iCloud Drive sebelum anda boleh mengaktifkan app.

Sesetengah app pihak ketiga memberi anda akses kepada data yang disimpan dalam iCloud Drive. Jika dibenarkan, anda akan melihat folder dengan nama app dalam iCloud Drive dalam app Fail pada iPhone atau iPad anda.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan app Fail, lihat mana‑mana yang berikut:

Sediakan iCloud untuk app pihak ketiga pada Mac anda

  1. Pada Mac anda, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik nama anda di bahagian atas bar sisi.

    Jika anda tidak melihat nama anda, klik “Daftar masuk”, masukkan alamat e-mel atau nombor telefon Akaun Apple anda, kemudian masukkan kata laluan anda.

  2. Klik iCloud, klik Drive (atau iCloud Drive), kemudian lakukan salah satu perkara berikut:

    • macOS 13.3 atau lebih baharu: Aktifkan Selaraskan Mac ini. Klik Penyelarasan App kepada iCloud Drive, kemudian aktifkan app.

    • macOS 13 hingga 13.2: Klik Aktifkan. Klik butang Pilihan, kemudian pilih app.

Sesetengah app pihak ketiga memberi anda akses kepada data yang disimpan dalam iCloud Drive. Jika dibenarkan, anda akan melihat folder dengan nama app dalam iCloud Drive pada Mac anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara menggunakan iCloud Drive, lihat Bekerja dengan folder dan fail dalam iCloud Drive dalam Panduan Pengguna Mac.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.