Balas atau majukan e‑mel dalam Mel di iCloud.com

Anda boleh membalas atau memajukan e-mel, dan jika e-mel asal mengandungi lampiran, anda boleh memutuskan sama ada untuk menyertakan lampiran tersebut atau tidak.

Balas atau majukan e‑mel

  1. Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).

  2. Pilih e-mel dalam senarai e-mel anda.

  3. Jika anda menggunakan telefon atau tablet, ketik butang Lagi.

  4. Lakukan satu daripada berikut:

    • Balas kepada pengirim sahaja: Pilih Balas atau butang Balas.

    • Balas kepada pengirim dan semua penerima asal: Pilih Balas Semua atau butang Balas Semua.

    • Majukan e-mel tersebut kepada penerima baharu: Pilih Majukan atau butang Majukan, kemudian tambah penerima ke dalam medan Kepada.

  5. Pilih butang Hantar untuk menghantar e-mel.

Jika anda menggunakan komputer, anda juga boleh menahan penuding anda di atas e-mel dalam senarai e-mel, klik butang Menu Tindakan Pantas, kemudian pilih pilihan.

Nota: Jika anda membalas jalur e‑mel dengan 100 e‑mel, balasan anda akan memulakan jalur baharu dengan subjek yang sama.

Sertakan lampiran asal

Anda boleh memasukkan lampiran asal ketika membalas e‑mel atau memajukan e‑mel kepada penerima baharu.

  1. Pergi ke icloud.com/mail, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).

  2. Pilih butang Seting di bahagian atas senarai Peti Mel, kemudian pilih Seting.

  3. Pilih Mengarang dalam bar sisi, kemudian pilih “Masukkan lampiran asal dalam balasan”.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.