Terima pemberitahuan untuk app iCloud pada PC anda

Anda boleh memilih untuk menerima pemberitahuan daripada app iCloud anda pada PC anda, walaupun anda tidak membuka halaman iCloud.com (tidak tersedia di semua negara atau rantau).

Nota: Pilihan ini hanya tersedia jika anda menggunakan PC bukan jenama Apple dan menggunakan Firefox, Chrome atau Edge sebagai pelayar web anda. Jika anda sedang menggunakan peranti Apple, anda tidak akan melihat pilihan ini, tetapi anda boleh menerima pemberitahuan app pada peranti anda. Lihat Seting pemberitahuan pada Mac dan Tukar seting pemberitahuan pada iPhone.

  1. Pergi ke icloud.com/settings, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).

    Jika anda sudah berada di iCloud.com, anda juga boleh klik foto Akaun Apple anda atau butang Akaun di sudut kanan atas tetingkap, kemudian pilih Seting iCloud.

  2. Di bawah Pemberitahuan Pelayar untuk App, klik Urus Pemberitahuan Pelayar.

  3. Aktifkan app yang ingin anda terima pemberitahuan:

    • Mail iCloud: Anda dimaklumkan setiap kali anda menerima e-mel baharu.

    • Kalendar iCloud: Anda akan dimaklumkan setiap kali anda dijemput ke peristiwa atau kalendar yang dikongsi dan apabila terdapat kemas kini peristiwa atau kalendar.

      Nota: Pemberitahuan Kalendar iCloud hanya akan dihantar jika anda memilih untuk menerima jemputan dan kemas kini dalam app. Lihat Terima jemputan peristiwa sebagai pemberitahuan dalam app atau e‑mel.

Jika anda tidak memilih “Kekalkan saya didaftar masuk” ketika anda mendaftar masuk ke iCloud.com, anda akan berhenti menerima pemberitahuan selepas tiada aktiviti dikesan selama 30 minit. Jika anda telah memilih pilihan tersebut, anda akan berhenti menerima pemberitahuan selepas anda log keluar atau tidak mengakses iCloud.com selama 30 hari. Pemberitahuan akan disambung semula pada kali seterusnya anda log masuk.

Jika anda tidak menerima pemberitahuan, pastikan anda menggunakan pelayar yang disokong dan anda tidak melumpuhkan kebenaran pemberitahuan pelayar untuk iCloud.com. Semak seting pelayar anda untuk melihat kebenaran semasa bagi pemberitahuan.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.