Pastikan pustaka dan seting Apple Books anda sentiasa terkini dengan iCloud

Dengan iCloud, pustaka dan seting Apple Books anda sentiasa dikemaskinikan pada semua peranti anda.

Akses buku, buku audio dan PDF yang sama pada semua peranti anda

Apabila anda menyediakan iCloud untuk Apple Books, buku, buku audio dan PDF anda disimpan di awan, yang mengosongkan ruang pada peranti anda. Anda boleh melihatnya pada mana-mana peranti yang telah disediakan untuk iCloud dan Buku, termasuk iPhone, iPad dan Mac anda.

Oleh sebab maklumat anda di dalam cloud, perubahan yang anda buat pada satu peranti—seperti mengemas kini kedudukan bacaan, menambah nota, menyerlahkan teks atau menyusun kandungan ke dalam koleksi—akan tertera pada semua peranti anda secara automatik. Anda akan melihat versi pustaka anda yang paling terkini, tidak kira di mana anda mengaksesnya.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.