Pastikan data app pihak ketiga terkini pada semua peranti Apple anda dengan iCloud

App pihak ketiga tertentu menggunakan iCloud atau iCloud Drive untuk menyimpan data dan memastikan data terkini pada semua peranti anda.

Akses data app pihak ketiga pada semua peranti anda

Apabila anda menyediakan iCloud untuk app pihak ketiga, data app anda disimpan dalam iCloud, yang mengosongkan ruang pada peranti anda.

Disebabkan data anda disimpan dalam awan, data akan kekal terkini di mana-mana sahaja anda menyediakan iCloud untuk app, termasuk iPhone, iPad dan Mac anda.

Apakah jenis data yang app pihak ketiga simpan dalam iCloud?

App pihak ketiga boleh menyimpan pelbagai jenis maklumat dalam iCloud. Bergantung pada app, maklumat ini boleh termasuk dokumen, projek kreatif, nota, kemajuan permainan, kegemaran dan banyak lagi.

Jika app menggunakan iCloud Drive untuk menyimpan data, app tersebut mungkin memberi anda akses kepada data tersebut. Jika demikian, anda akan melihat folder dengan nama app dalam iCloud Drive di app Fail pada iPhone atau iPad anda atau Finder pada Mac anda.

Tidak kira sama ada anda boleh melihat data dalam iCloud Drive atau tidak, anda sentiasa boleh melihat storan yang digunakan oleh app pihak ketiga dan memadamkan data jika anda tidak lagi menggunakan app tersebut. Lihat Semak storan iCloud anda pada sebarang peranti.

Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.
Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.
Morty Proxy This is a proxified and sanitized view of the page, visit original site.